(1) The functions of a local planning authority shall be—
(a) to regulate, control and plan the development and use of all lands and buildings within its area;
(b) to undertake, assist in, and encourage the collection, maintenance, and publication of statistics, bulletins, and monographs, and other publications relating to town and country planning and its methodology; and
(c) to perform such other functions as the State Authority or the Committee may from time to time assign to it.
(2) A local planning authority may perform any other functions that are supplemental, incidental, or consequential to any of the functions specified in subsection (1) and do all such things as may be necessary or expedient for carrying out its functions under this Act.
Malay text (authoritative)
Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan
(1) Fungsi suatu pihak berkuasa perancang tempatan adalah—
(a) untuk mengawal selia, mengawal, dan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya;
(b) untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya; dan
(c) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditugaskan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa.
(2) Suatu pihak berkuasa perancang tempatan boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan melakukan semua perkara yang
* CATATAN—Subseksyen ini tidak terpakai bagi Negeri Kelantan dan Terengganu –lihat Kn. P.U. 34/2003 dan Tr. G.N. 54/2003.
perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).