Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 16 Committees of the Board
(1) For the purposes of enabling it to discharge its duties and exercise its powers, the Board may appoint such committees from amongst its members as it thinks necessary or desirable.
(2) A committee established under subsection (1) shall have the function of deliberating upon matters referred to it by the Board and making appropriate recommendations thereon to the Board.
(3) A committee established under subsection (1) may appoint, where necessary, one or more subcommittees from amongst its members, or it may co-opt such persons as can contribute to its deliberations, but a person co-opted shall not have the right to vote.
(4) The chairman of a committee established under subsection (1) shall be appointed by the Board or, where the Board so directs, by the members of the committee from amongst themselves.
(5) Subject to this Act, and to any direction given by the Board, a committee established under subsection (1) may determine its own procedure.
(6) A committee established under subsection (1) shall conform to any direction or instructions from time to time given to it by the Board and the Board may, at any time, discontinue, or alter the constitution of, the committee so appointed.
(7) The provisions of the Second Schedule, except paragraph 7, shall apply to a committee established under subsection (1) as they apply to the Board.
(8) In the application of the Second Schedule to a committee—
(a) reference to “Board” shall be construed as reference to “committee”;
(b) reference to “Chairman” shall be construed as reference to “chairman”; and
(c) reference to “Minister” shall be construed as reference to “Board”.
Malay text (authoritative)
Jawatankuasa Lembaga
(1) Bagi maksud membolehkannya menunaikan kewajipannya dan menjalankan kuasanya, Lembaga boleh melantik apa-apa jawatankuasa dalam kalangan anggotanya sebagaimana yang difikirkannya perlu atau wajar.
(2) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi bagi menimbang teliti perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga dan membuat syor yang sesuai mengenainya kepada Lembaga.
(3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh melantik, jika perlu, satu jawatankuasa kecil atau lebih dalam kalangan anggotanya, atau ia boleh mengko-opt orang yang boleh memberikan sumbangan kepada pertimbangtelitiannya, tetapi seseorang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi.
(4) Pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilantik oleh Lembaga atau, jika Lembaga mengarahkan sedemikian, oleh anggota jawatankuasa dalam kalangan mereka.
(5) Tertakluk pada Akta ini dan pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(6) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menepati apa-apa arahan atau petunjuk yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan, atau mengubah keanggotaan, jawatankuasa yang dilantik sedemikian.
(7) Peruntukan Jadual Kedua, kecuali perenggan 7, hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga.
(8) Dalam pemakaian Jadual Kedua bagi sesuatu jawatankuasa—
(a) sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “jawatankuasa”;
(b) sebutan mengenai “Pengerusi” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pengerusi”; dan
(c) sebutan mengenai “Menteri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Lembaga”.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).