Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 14 Prohibition on registration
(1) A mark or part of a mark shall not be registered as a trade mark—
(a) if the use of which is likely to deceive or cause confusion to the public or would be contrary to law;
(b) if it contains or comprises any scandalous or offensive matter or would otherwise not be entitled to protection by any court of law;
(c) if it contains a matter which in the opinion of the Registrar is or might be prejudicial to the interest or security of the nation;
(d) if it is identical with or so nearly resembles a mark which is well known in Malaysia for the same goods or services of another proprietor;
(e) if it is well known and registered in Malaysia for goods or services not the same as to those in respect of which registration is applied for: Provided that the use of the mark in relation to those goods or services would indicate a connection between those goods or services and the proprietor of the well known mark, and the interests of the proprietor of the well known mark are likely to be damaged by such use;
(f) if it contains or consists of a geographical indication with respect to goods not originating in the territory indicated, if use of the indication in the mark for such goods in Malaysia is of such a nature as to mislead the public as to the true place of origin of the goods; or
(g) if it is a mark for wines which contains or consists of a geographical indication identifying wines, or is a mark for spirits which contains or consists of a geographical indication identifying spirits, not originating in the place indicated by the geographical indication in question.
(2) Article 6bis of the Paris Convention and Article 16 of the TRIPS Agreement shall apply for the purpose of determining whether a trade mark is a well known trade mark.
Malay text (authoritative)
Larangan mengenai pendaftaran
(1) Sesuatu cap atau sesuatu bahagian cap tidak boleh didaftarkan sebagai suatu cap dagangan—
(a) jika penggunaannya mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai atau akan berlawanan dengan undang-undang;
(b) jika ia mengandungi atau terdiri dari apa-apa perkara skandal atau menyinggung atau pun tidak berhak mendapat perlindungan mana-mana mahkamah undang-undang;
(c) jika ia mengandungi perkara yang pada pendapat Pendaftar memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan atau keselamatan negara;
(d) jika cap itu serupa atau hampir-hampir menyerupai suatu cap yang terkenal di Malaysia bagi barang atau perkhidmatan yang sama dengan barang dan perkhidmatan seorang tuan punya lain;
(e) jika cap itu terkenal dan didaftarkan di Malaysia bagi barang atau perkhidmatan yang tidak sama dengan barang atau perkhidmatan yang berkenaan dengannya pendaftaran dipohon:
Dengan syarat bahawa penggunaan cap itu berhubung dengan barang atau perkhidmatan itu akan menunjukkan suatu kaitan antara barang atau perkhidmatan itu dengan tuan punya cap yang terkenal itu, dan kepentingan tuan punya cap yang terkenal itu mungkin dirosakkan dengan penggunaan itu;
(f) jika cap itu mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi berkenaan dengan barang yang tidak berasal dari wilayah yang ditunjukkan, jika penggunaan petunjuk dalam cap itu bagi barang itu di Malaysia adalah sedemikian rupa sehingga mengelirukan orang ramai tentang tempat asal sebenar barang itu; atau
(g) jika cap itu ialah cap bagi wain yang mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi yang mengenal pasti wain, atau ialah cap bagi spirit yang mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi yang mengenal pasti spirit, yang tidak berasal dari tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan.
(2) Perkara 6bis Konvensyen Paris dan Perkara 16 Perjanjian TRIPS hendaklah terpakai bagi maksud menentukan sama ada sesuatu cap dagangan ialah suatu cap dagangan yang terkenal.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).