My bookmarksSign up free
← Trade Marks Act 1976

Trade Marks Act 1976 s 28

Trade Marks Act 1976 s 28

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 28 Opposition to registration

(1) Any person may, within the prescribed time from the date of the advertisement of an application for the registration of a trade mark, give notice to the Registrar and applicant of opposition to the registration. (2) The notice shall be given in writing in the prescribed manner and shall include a statement of the grounds of opposition. (3) The applicant shall, within the prescribed time after the receipt of the notice of opposition, send to the Registrar and the opponent a counter-statement, in the prescribed manner, of the grounds for his application, and, if he does not do so, he shall be deemed to have abandoned his application. (3A) If the applicant submits a counter-statement under subsection (3), the opponent and applicant shall file evidence and exhibits in the prescribed manner and within the prescribed time support of the opposition or the counter-statement, as the case may be, to be adduced in the prescribed manner, and if the opponent or applicant fails to do so, the opposition or application, as the case may be, shall be treated as abandoned. (3B) If the applicant files evidence and exhibits under subsection (3A), the opponent may, within the prescribed time, send to the Registrar and applicant evidence in reply to be adduced in the prescribed manner. (4A) After considering the evidence and exhibits and after giving the applicant and the opponent an opportunity of making written submissions, the Registrar shall decide whether— (a) to refuse to register the trade mark; (b) to register the trade mark absolutely; or (c) to register the trade mark subject to such conditions, amendments, modifications or limitations as he may think fit. (5) A decision of the Registrar under subsection (4) is subject to appeal to the Court. (6) An appeal under this section shall be made in the prescribed manner and the Court shall, if required, hear the parties and the Registrar, and shall make an order determining whether, and subject to what conditions, amendments, modifications or limitations, if any, registration is to be permitted. (7) On the hearing of an appeal under this section any party may, either in the manner prescribed or by special leave of the Court, bring forward further material for the consideration of the Court but no further grounds of objection to the registration of a trade mark shall be allowed to be taken by the opponent or the Registrar other than those stated by the opponent except by leave of the Court. (8) Where any further grounds of objection are taken the applicant shall be entitled to withdraw his application without payment of the costs of the opponent on giving notice as prescribed. (9) In any appeal under this section the Court may after hearing the Registrar, permit the trade mark proposed to be registered to be modified in any manner not substantially affecting the identity of the trade mark, but in any such case the trade mark as modified shall be advertised in the prescribed manner before being registered. (10) If a person giving notice of opposition or an applicant sending a counter-statement after receipt of such a notice, or an appellant, neither resides nor carries on business in Malaysia, the Registrar or the Court may require him to give security for costs of the proceedings relative to the opposition, application or appeal, as the case may be, and in default of such security being duly given, may treat the opposition, application, or appeal, as the case may be, as abandoned.

Malay text (authoritative)

Bangkangan terhadap pendaftaran

(1) Seseorang boleh, dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh pengiklanan sesuatu permohonan untuk pendaftaran suatu cap dagangan, memberi notis kepada Pendaftar dan pemohon mengenai bangkangan terhadap pendaftaran itu. (2) Notis itu hendaklah diberi secara bertulis dengan cara yang ditetapkan dan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang alasan bangkangan itu. (3) Pemohon hendaklah, dalam masa yang ditetapkan selepas diterima notis bangkangan, menghantar kepada Pendaftar dan pembangkang suatu pernyataan balas, mengikut cara yang ditetapkan, mengenai alasan bagi permohonannya, dan, jika dia tidak berbuat demikian, dia hendaklah disifatkan telah menggugurkan permohonannya itu. (3A) Jika pemohon mengemukakan suatu pernyataan balas di bawah subseksyen (3), pembangkang dan pemohon hendaklah memfailkan keterangan dan ekshibit mengikut cara yang ditetapkan dan dalam masa yang ditetapkan bagi menyokong bangkangan atau pernyataan balas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendaklah dikemukakan mengikut cara yang ditetapkan, dan jika pembangkang atau pemohon gagal berbuat demikian, bangkangan atau permohonan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah digugurkan. (3B) Jika pemohon memfailkan keterangan dan ekshibit di bawah subseksyen (3A), pembangkang boleh, dalam masa yang ditetapkan, menghantar kepada Pendaftar dan pemohon keterangan menjawab yang hendaklah dikemukakan mengikut cara yang ditetapkan. (4) Selepas menimbang keterangan dan ekshibit dan selepas memberikan kepada pemohon dan pembangkang peluang untuk membuat hujah bertulis, Pendaftar hendaklah memutuskan sama ada— (a) untuk enggan mendaftarkan cap dagangan itu; (b) untuk mendaftarkan cap dagangan itu secara mutlak; atau (c) untuk mendaftarkan cap dagangan itu tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian atau batasan yang difikirkannya patut. (5) Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (4) adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah. (6) Sesuatu rayuan di bawah seksyen ini hendaklah mengikut cara yang ditetapkan dan Mahkamah hendaklah, jika dikehendaki, mendengar pihak-pihak itu dan juga Pendaftar dan hendaklah membuat suatu perintah memutuskan sama ada, dan tertakluk kepada syarat, pindaan, ubah suaian atau batasan apakah, jika ada, pendaftaran akan dibenarkan. (7) Apabila didengar sesuatu rayuan di bawah seksyen ini manamana pihak boleh, sama ada dengan cara yang ditetapkan atau dengan kebenaran khas Mahkamah, mengemukakan bahan lanjut bagi pertimbangan Mahkamah tetapi tiada apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan terhadap pendaftaran sesuatu cap dagangan boleh dibenar dikemukakan oleh pembangkang atau Pendaftar melainkan alasan yang telah dinyatakan oleh pembangkang itu kecuali dengan kebenaran Mahkamah. (8) Jika apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan dikemukakan, pemohon berhak menarik balik permohonannya tanpa membayar kos pembangkang dengan memberi notis sebagaimana ditetapkan. (9) Dalam sesuatu rayuan di bawah seksyen ini Mahkamah boleh, selepas mendengar Pendaftar, membenarkan cap dagangan yang dicadang untuk didaftarkan itu diubah suai dengan apa-apa cara yang pada substansialnya tidak menyentuh identiti cap dagangan itu, tetapi dalam sesuatu hal yang demikian cap dagangan itu sebagaimana diubah suai hendaklah diiklankan dengan cara yang ditetapkan sebelum didaftarkan. (10) Jika seseorang yang memberi notis mengenai bangkangan atau jika seseorang pemohon yang menghantar suatu pernyataan balas selepas menerima notis itu, atau jika seseorang perayu, tidak tinggal dan juga tidak menjalankan perniagaan di Malaysia, Pendaftar atau Mahkamah boleh menghendakinya memberi sekuriti bagi kos pembicaraan berkaitan dengan bangkangan, permohonan atau rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika sekiranya sekuriti itu tidak diberi dengan sewajarnya, Pendaftar atau Mahkamah boleh mensifatkan bangkangan, permohonan atau rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai digugurkan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next