Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 3 Interpretation
(1) In this Act, unless the context otherwise requires—
“appointed date” has the same meaning as is assigned to that expression in the Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 [Act 617];
“assignment” means assignment by act of the parties concerned;
“Assistant Registrar” means the person appointed or deemed to have been appointed to be an Assistant Registrar under subsection 4(2) or (3);
“component regions of Malaysia” means the regions of West Malaysia, Sabah and Sarawak;
“Convention country” means a country which is a party to any multilateral treaty relating to trade marks to which Malaysia is also a party;
“Corporation” means the Intellectual Property Corporation of Malaysia established under the Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002;
“Court” means the High Court;
“Deputy Registrar” means the person appointed or deemed to have been appointed to be a Deputy Registrar under subsection 4(2) or (3);
“geographical indication” means an indication which identifies any goods as originating in a country or territory or a region or locality in that country or territory, where a given quality, reputation or other characteristic of the goods is essentially attributable to their geographical origin;
“in the course of trade”, in relation to the provision of services, means in the course of business;
“limitations” means limitations of the right to the exclusive use of a trade mark given by the registration of the trade mark including limitations of that right as to—
(a) mode of use;
(b) use within a territorial area within Malaysia; or
(c) use in relation to goods to be exported to a market outside Malaysia or use in relation to services to be provided in a place outside Malaysia;
“mark” includes a device, brand, heading, label, ticket, name, signature, word, letter, numeral or any combination thereof;
“Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for intellectual property;
“Paris Convention” means the Paris Convention for the Protection of Industrial Property of 20 March, 1883 as revised at Stockholm on 14 July 1967;
“permitted use” in relation to a registered trade mark means the use of the trade mark by a registered user thereof in relation to goods or services with which he is connected in the course of trade and in respect of which the trade mark remains registered and he is registered as a registered user, being use which complies with any conditions or restrictions to which his registration is subject;
“prescribed” means, in relation to proceedings before the Court or preliminary thereto or connected therewith, prescribed by rules of court made by the Rules Committee constituted under the Courts of Judicature Act 1964 [Act 91], and in other cases, prescribed by this Act or any regulations made thereunder;
“prescribed foreign country” means a country declared by the Minister, by order published in the Gazette, as having made arrangements with Malaysia for the reciprocal protection of trade marks;
“previous registers” means the registers of trade marks kept under the repealed Ordinances;
“Register” means the Register of Trade Marks kept under this Act;
“registered proprietor” in relation to a trade mark means the person for the time being entered in the Register as proprietor of the trade marks;
“registered trade mark” means a trade mark which is actually upon the Register;
“registered user” means a person who is registered as such under Part IX;
“registrable trade mark” means a trade mark which is capable of registration under the provisions of this Act;
“Registrar” means the Registrar of Trade Marks designated in subsection 4(1);
“repealed Ordinances” means the Trade Marks Ordinance 1950 [Ord. 26 of 1950], the Trade Marks Ordinance of Sabah [Cap. 142] and the Trade Marks Ordinance of Sarawak [Cap. 62];
“specification” means the designation of goods or services in respect of which a trade mark or a registered user of a trade mark is registered or proposed to be registered;
“trade mark” means, except in relation to Part XI, a mark used or proposed to be used in relation to goods or services for the purpose of indicating or so as to indicate a connection in the course of trade between the goods or services and a person having the right either as proprietor or as registered user to use the mark whether with or without an indication of the identity of that person, and means, in relation to Part XI, a mark registrable or registered under the said Part XI;
“transmission” means transmission by operation of law, devolution on the personal representatives of a deceased person and any other mode of transfer not being assignment;
“TRIPS Agreement” means the Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights 1994 which constitutes Annex 1C to the Agreement Establishing the World Trade Organization;
“word” includes an abbreviation of a word.
(2) In this Act—
(a) references to the use of a mark shall be construed as references to the use of a printed or other visual representation of the mark;
(b) references to the use of a mark in relation to goods shall be construed as references to the use thereof upon, or in physical or other relation to, goods; and
(c) references to the use of a mark in relation to services shall be construed as references to the use thereof as a statement or as part of a statement about the availability or performance of services.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“batasan” ertinya batasan hak ke atas penggunaan eksklusif sesuatu cap dagangan iaitu hak yang diberi oleh pendaftaran cap dagangan itu termasuk batasan hak itu tentang—
(a) cara penggunaan;
(b) penggunaan di dalam sesuatu kawasan wilayah dalam Malaysia; atau
(c) penggunaan berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke suatu pasaran di luar Malaysia atau penggunaan berhubung dengan perkhidmatan yang akan disediakan di suatu tempat di luar Malaysia;
“cap” termasuklah suatu tanda, jenama, kepala, label, tiket, nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka atau apa-apa gabungannya;
“cap dagangan” kecuali berkenaan dengan Bahagian XI, ertinya suatu cap yang digunakan atau dicadang untuk digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan bagi maksud menunjukkan atau supaya menunjukkan suatu hubungan dalam penjalanan perdagangan di antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan seorang yang berhak sama ada sebagai tuan punya atau sebagai pengguna berdaftar bagi menggunakan cap itu sama ada dengan menunjukkan atau dengan tiada menunjukkan identiti orang itu dan, berkenaan dengan Bahagian XI, ertinya suatu cap yang boleh didaftarkan atau yang didaftarkan di bawah Bahagian XI yang tersebut itu;
“cap dagangan berdaftar” ertinya suatu cap dagangan yang sebenarnya ada dalam Daftar;
“cap dagangan yang boleh didaftarkan” ertinya suatu cap dagangan yang boleh didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini;
“Daftar” ertinya Daftar Cap Dagangan yang disimpan di bawah Akta ini;
“daftar dahulu” ertinya daftar cap dagangan yang disimpan di bawah Ordinan yang dimansuhkan;
“dalam penjalanan perdagangan” berhubungan dengan penyediaan perkhidmatan, ertinya dalam penjalanan perniagaan;
“ditetapkan”, berhubung dengan pembicaraan di hadapan Mahkamah atau pembicaraan permulaan baginya atau pembicaraan yang berkaitan dengannya, ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah Mahkamah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], dan dalam hal lain, ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau oleh apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;
“Konvensyen Paris” ertinya Konvensyen Paris bagi Pelindungan Harta Perindustrian bertarikh 20 Mac 1883 yang disemak di Stockholm pada 14 Julai 1967;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi;
“Menteri” ertinya yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek;
“negara asing yang ditetapkan” ertinya sesuatu negara yang diisytiharkan oleh Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, sebagai telah membuat perkiraan dengan Malaysia bagi perlindungan salingan cap dagangan;
“negara Konvensyen” ertinya sesuatu negara yang menjadi pihak kepada mana-mana triti berbilang pihak berhubungan dengan cap dagangan yang Malaysia juga pihak kepadanya;
“Ordinan yang dimansuhkan” ertinya Ordinan Cap Dagangan 1950 [26/1950], Ordinan Cap Dagangan, Sabah [Sabah Bab 142] dan Ordinan Cap Dagangan, Sarawak [Sarawak Bab 62];
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Cap Dagangan yang ditetapkan dalam subseksyen 4(1);
“penentuan” ertinya nama barang atau perkhidmatan yang mengenainya sesuatu cap dagangan atau seseorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan didaftarkan atau dicadang didaftarkan;
“pengguna berdaftar” ertinya seorang yang didaftarkan sebagai demikian di bawah Bahagian IX;
“penggunaan yang dibenarkan” berhubung dengan suatu cap dagangan berdaftar, ertinya penggunaan cap dagangan itu oleh seorang pengguna berdaftarnya berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan dengan mana pengguna itu ada hubungan dalam penjalanan perdagangan dan yang mengenainya cap dagangan itu masih didaftarkan dan pengguna itu didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar, iaitu penggunaan yang mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas pendaftarannya;
“Penolong Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pendaftar di bawah subseksyen 4(2) atau (3);
“penyerahhakan” ertinya penyerahhakan dengan perbuatan pihak-pihak yang berkenaan;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 [Akta 617];
“Perjanjian TRIPS” ertinya perjanjian tentang Aspek yang Berhubungan dengan Perdagangan bagi Hak Harta Intelek 1994 yang merupakan Lampiran 1C kepada Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia;
“perkataan” termasuklah sesuatu singkatan perkataan;
“perpindahan” ertinya perpindahan dengan kuat kuasa undang-undang, penurunan kepada wakil diri orang yang mati dan apa-apa cara pemindahmilikan lain yang bukan penyerahhakan;
“petunjuk geografi” ertinya suatu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari sesuatu negara atau wilayah atau suatu kawasan atau tempat dalam negara atau wilayah itu, jika suatu kualiti, reputasi atau ciri lain tertentu barang itu adalah pada dasarnya boleh dianggap berpunca dari tempat asal geografinya;
“tarikh yang ditetapkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002;
“Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen 4(2) atau (3);
“tuan punya berdaftar” berhubung dengan suatu cap dagangan, ertinya orang yang pada masa itu tercatat dalam Daftar sebagai tuan punya cap dagangan itu;
“wilayah komponen Malaysia” ertinya wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
(2) Dalam Akta ini—
(a) sebutan mengenai penggunaan suatu cap hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan akan representasi bercetak cap itu atau lain-lain representasinya yang boleh dilihat;
(b) sebutan mengenai penggunaan suatu cap berhubung dengan barang-barang hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap itu di atas barang-barang atau penggunaan cap itu dalam hubungan fizikal atau hubungan lain dengan barang-barang; dan
(c) sebutan mengenai penggunaan suatu cap berhubung dengan perkhidmatan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap itu sebagai suatu pernyataan atau sebahagian pernyataan tentang tersedianya atau pelaksanaan perkhidmatan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).