My bookmarksSign up free
← Trade Marks Act 1976

Trade Marks Act 1976 s 57

Trade Marks Act 1976 s 57

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 57 Defensive registration of well known trade marks

(1) Where a trade mark consisting of an invented word or words has become so well known as regards any goods or services in respect of which it is registered and, in relation to which it has been used, that the use thereof in relation to other goods or services would likely to be taken as indicating a connection in the course of trade between the other goods or services and a person entitled to use the trade mark in relation to the first mentioned goods or services, then, notwithstanding that the proprietor registered in respect of the first mentioned goods or services does not use or propose to use the trade mark in relation to the other goods or services and notwithstanding anything in section 46 the trade mark may, on the application in a prescribed manner of the proprietor registered in respect of the first mentioned goods or services, be registered in his name in respect of the other goods or services as a defensive trade mark and while so registered, shall not be liable to be taken off the Register in respect of other goods or services under section 46. (2) The registered proprietor of a trade mark may apply for the registration thereof in respect of any goods or services as a defensive trade mark notwithstanding that it is already registered in his name in respect of the goods or services otherwise than as a defensive trade mark, or may apply for the registration thereof in respect of any goods or service otherwise than as a defensive trade mark notwithstanding that it is already registered in his name in respect of the goods as a defensive trade mark, in lieu in each case of the existing registration. *NOTE—The Standards Act 1966 [Act 76 of 1966] was repealed by the Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (Incorporation) Act 1975 [Act 157]—see s.42 of Act 157. Act 157 has since been repealed by the Standards of Malaysia Act 1996 [Act 549]—see s.23 of Act 549.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran pertahanan mengenai cap dagangan yang terkenal

(1) Jika sesuatu cap dagangan yang terdiri daripada sesuatu perkataan atau beberapa perkataan yang dicipta telah menjadi sebegitu terkenal berkenaan dengan apa-apa barang atau perkhidmatan yang mengenainya ia didaftarkan dan, yang berhubung dengannya ia telah digunakan, hingga penggunaannya berhubung dengan barangbarang atau perkhidmatan lain mungkin dikira sebagai menunjukkan suatu hubungan dalam penjalanan perdagangan antara barang-barang atau perkhidmatan yang lain itu dengan seseorang yang berhak menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan-perkhidmatan yang pertama tersebut itu, maka walaupun tuan punya yang didaftarkan mengenai barang-barang atau perkhidmatan yang pertama tersebut itu tidak menggunakan atau tidak bercadang untuk menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang lain itu dan walau apa pun peruntukan seksyen 46 cap dagangan itu boleh, atas permohonan yang dibuat dengan cara yang ditetapkan oleh tuan punya yang didaftarkan mengenai barang-barang atau perkhidmatan yang pertama tersebut itu, didaftarkan atas namanya mengenai barang-barang atau perkhidmatan-perkhidmatan yang lain itu sebagai suatu cap dagangan pertahanan dan semasa didaftarkan sedemikian cap dagangan itu tidak boleh dipotong dari Daftar mengenai barang-barang atau perkhidmatan yang lain itu di bawah seksyen 46. * CATATAN—Akta Piawaian 1966 [76/1966] telah dimansuhkan oleh Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 [Akta 157]–lihat seksyen 42. Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 [Akta 157] telah dimansuhkan oleh Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549]–lihat seksyen 23. (2) Tuan punya berdaftar sesuatu cap dagangan boleh memohon untuk mendaftarkan cap dagangan itu mengenai apa-apa barang atau perkhidmatan sebagai sesuatu cap dagangan pertahanan walaupun cap dagangan itu telah pun didaftarkan atas namanya mengenai barang-barang atau perkhidmatan itu sebagai sesuatu cap dagangan yang lain daripada suatu cap dagangan pertahanan, atau boleh memohon untuk mendaftarkan cap dagangan itu mengenai apa-apa barang atau perkhidmatan sebagai sesuatu cap dagangan yang lain daripada sebagai suatu cap dagangan pertahanan walaupun cap dagangan itu telah pun didaftarkan atas namanya mengenai barangbarang atau perkhidmatan itu sebagai suatu cap dagangan pertahanan bagi menggantikan, dalam tiap-tiap satunya, pendaftaran yang sedia ada.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 175 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next