Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977 s 24
Statutory and Local Authorities Superannuation Fund Act 1977 s 24
Sections 3–10 were repealed by later amendments.
s 24 Pension, etc., may cease on accepting employment in certain companies or in engaging in certain occupations for gain
(1) If any pensioner to whom a pension has been granted under this Act, becomes either a director of any company, the principal part of whose business is in any way directly concerned with Malaysia, or is employed by any such company in Malaysia or engages in any occupation for gain in Malaysia without the prior permission of the Minister in writing, it shall be lawful for the Minister to direct that such pension or award shall cease accordingly:
Provided that it shall be lawful for the Minister on being satisfied that the pensioner in respect of whose pension any such direction shall have been given, has ceased to be a director of such company or to be employed by any such company in Malaysia or has ceased
to be engaged in such occupations, as the case may be, to give directions for the restoration of such pension, with retrospective effect if he shall see fit, to such date as he shall specify, and such pension shall be restored accordingly.
(2) Subsection (1) shall not apply to a pensioner who has been retired from the service for a period of not less than five years or who has attained the age of sixty years.
Malay text (authoritative)
Pencen, dll., boleh terhenti apabila menerima pekerjaan dalam syarikat tertentu atau apabila mengambil bahagian dalam pekerjaan tertentu untuk mendapatkan keuntungan
(1) Jika mana-mana pesara yang telah diberi pencen di bawah Akta ini, menjadi sama ada seorang pengarah mana-mana syarikat yang bahagian utama perniagaannya adalah dengan apa-apa jua cara berkaitan secara langsung dengan Malaysia atau bekerja dengan mana-mana syarikat sedemikian itu dalam Malaysia atau mengambil bahagian dalam apa-apa pekerjaan untuk mendapatkan keuntungan dalam Malaysia tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Menteri, adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri untuk mengarahkan supaya pencen atau award itu dihentikan dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri setelah berpuas hati bahawa persara, yang berkenaan pencennya apa-apa arahan itu telah diberikan, tidak lagi menjadi pengarah syarikat itu atau tidak lagi bekerja dengan mana-mana syarikat sedemikian dalam Malaysia atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pekerjaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberikan arahan supaya pencen itu diberikan semula, dengan kuat kuasa ke belakang jika difikirkannya patut, ke apa-apa tarikh sebagaimana yang ditetapkannya dan pencen itu hendaklah diberikan semula dengan sewajarnya.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pesara yang telah dipersarakan daripada perkhidmatan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau yang telah mencapai umur enam puluh tahun.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).