My bookmarksSign up free
← Federal Capital Act 1960

Federal Capital Act 1960 s 16

Federal Capital Act 1960 s 16

s 16 Existing laws, etc.

(1) Subject to this Act, the Municipal Ordinance of the Straits Settlements [Cap. 133] and the Town Boards Enactment of the Federated Malay States [Cap. 137] as in force in relation to the City and any other written law affecting the City, and in force immediately before the commencement of this Act shall, until amended or revoked by the authority having power to do so under the Constitution or this Act or any other written law, continue in force on and after the commencement of this Act with such modifications as may be made therein under this section; and, unless the context otherwise requires, references therein— (a) to the Municipal Councillors of Kuala Lumpur or to the President or to any Councillor thereof shall be construed as references to the Commissioner; (b) to the Ruler, Ruler in Council, State Authority or Legislative Assembly shall be construed as references to the Minister, as the circumstances may require. (2) The Yang di-Pertuan Agong may within the period of two years beginning with the commencement of this Act by order amend, adapt or repeal any written law affecting the City and in force immediately before the commencement of this Act if he shall consider it expedient or necessary to do so for the purpose of bringing such written law into accord with this Act or of removing any difficulties arising with respect to the transitional provisions of this Act.

Malay text (authoritative)

Undang-undang yang sedia ada, dsb.

(1) Tertakluk kepada Akta ini, Ordinan Perbandaran Negeri- Negeri Selat [Bab 133] dan Enakmen Lembaga Bandaran Negeri- Negeri Melayu Bersekutu [Bab 137] yang berkuat kuasa berhubung dengan Bandaraya dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menyentuh Bandaraya, dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan atau Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, terus berkuat kuasa pada dan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dibuat dalamnya di bawah seksyen ini; dan, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, sebutan dalamnya— (a) tentang Anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur atau tentang Yang Dipertua atau tentang mana-mana Anggota Majlisnya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Datuk Bandar; (b) tentang Raja, Raja dalam Mesyuarat, Pihak Berkuasa Negeri atau Dewan Undangan Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Menteri, mengikut kehendak hal keadaan. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam tempoh dua tahun bermula dengan permulaan kuat kuasa Akta ini, melalui perintah meminda, menyesuaikan atau memansuhkan mana-mana undangundang bertulis yang menyentuh Bandaraya dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini jika dia menganggapnya suai manfaat atau perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyelaraskan undang-undang bertulis itu dengan Akta ini atau untuk menghapuskan apa-apa kesulitan yang berbangkit berkenaan dengan peruntukan peralihan Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 190 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next