(1) The Commissioner shall be for all purposes a corporation sole under the name of “Datuk Bandar Kuala Lumpur” or, in English, the “Commissioner of the City of Kuala Lumpur”.
(2) The Commissioner shall have an official seal which shall be authenticated by the signature of the person for the time being holding the office of Commissioner, or by any other person authorized by the Commissioner in that behalf.
(3) The seal of the Commissioner shall be officially and judicially noticed, and every document purporting to be issued or made by the Commissioner and sealed with the seal of the Commissioner, authenticated as provided under subsection (2), shall in any litigation or proceeding be deemed to be so made or issued without further proof, unless the contrary is shown.
(4) A certificate signed by the Commissioner certifying that any instrument purporting to be made or issued by him was so made or issued shall be conclusive evidence of the fact so certified.
Malay text (authoritative)
Datuk Bandar hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan
(1) Datuk Bandar hendaklah bagi segala maksud menjadi suatu perbadanan tunggal dengan nama “Datuk Bandar Kuala Lumpur” atau, dalam bahasa Inggeris, “Commissioner of the City of Kuala Lumpur”.
(2) Datuk Bandar hendaklah mempunyai suatu meterai rasmi yang hendaklah disahkan dengan tandatangan orang yang pada masa ini memegang jawatan Datuk Bandar, atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Datuk Bandar bagi maksud itu.
(3) Meterai Datuk Bandar hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman, dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dikeluarkan atau dibuat oleh Datuk Bandar dan dimeteraikan dengan meterai Datuk Bandar, disahkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2), hendaklah dalam mana-mana litigasi atau prosiding disifatkan telah dibuat atau dikeluarkan sedemikian tanpa bukti selanjutnya, melainkan jika ditunjukkan sebaliknya.
(4) Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Datuk Bandar yang memperakui bahawa mana-mana surat cara yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan olehnya telah dibuat atau dikeluarkan sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang fakta yang diperakui sedemikian.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).