My bookmarksSign up free
← Public Authorities Protection Act 1948

Public Authorities Protection Act 1948 s 2

Public Authorities Protection Act 1948 s 2

s 2 Protection of persons acting in execution of statutory or other public duty

Where, after the coming into force of this Act, any suit, action, prosecution or other proceeding is commenced in the Federation against any person for any act done in pursuance or execution or intended execution of any written law or of any public duty or authority or in respect of any alleged neglect or default in the execution of any such written law, duty or authority the following provisions shall have effect: (a) the suit, action, prosecution or proceeding shall not lie or be instituted unless it is commenced within thirty-six months next after the act, neglect or default complained of or, in the case of a continuance of injury or damage, within thirty-six months next after the ceasing thereof; (b) whenever in any such suit or action a judgment is obtained by the defendant, it shall carry costs to be taxed as between solicitor and client; (c) where the proceeding is a suit or action for damages, tender of amends before the suit or action was commenced may be pleaded in lieu of or in addition to any other plea; Laws of Malaysia ACT 198 (d) if the suit or action is commenced after the tender or offer in writing, or is proceeded with after payment into court of any money in satisfaction of the plaintiff’s claim, and the plaintiff does not recover more than the sum tendered, offered or paid, he shall not recover any costs incurred after the tender, offer or payment, and the defendant shall be entitled to costs to be taxed as between solicitor and client as from the time of the tender, offer or payment, and the costs up to the time of such tender, offer or payment shall be in the discretion of the court: Provided that this provision shall not affect costs on any injunction in the suit or action.

Malay text (authoritative)

Perlindungan bagi orang yang bertindak dalam melaksanakan kewajipan statutori atau kewajipan awam lain

Jika, selepas mula berkuat kuasa Akta ini, apa-apa guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding lain dimulakan di Persekutuan terhadap mana-mana orang kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan menurut atau dalam melaksanakan atau dengan tujuan melaksanakan mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa kewajipan awam atau kuasa awam atau berkenaan dengan apa-apa keabaian atau keingkaran yang dikatakan dalam melaksanakan mana-mana undangundang bertulis, kewajipan atau kuasa sedemikian, peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa: (a) guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding itu tidak boleh diambil atau dimulakan melainkan jika ia dimulakan dalam tiga puluh enam bulan selepas sahaja perbuatan, keabaian atau keingkaran yang diadukan itu atau, dalam hal kecederaan atau kerosakan yang berterusan, dalam masa tiga puluh enam bulan selepas sahaja terhentinya kecederaan atau kerosakan itu; (b) apabila dalam apa-apa guaman atau tindakan itu penghakiman diperolehi oleh defendan, penghakiman itu hendaklah termasuk kos yang akan ditetapkan sebagaimana antara peguam cara dengan klien; (c) jika prosiding itu merupakan suatu guaman atau tindakan untuk ganti rugi, tender penyelesaian sebelum guaman atau tindakan itu dimulakan bolehlah dirayukan sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada apa-apa rayuan lain; (d) jika guaman atau tindakan itu dimulakan selepas tender penyelesaian atau tawaran secara bertulis itu, atau diteruskan selepas dibayar kepada mahkamah apa-apa wang bagi menjelaskan tuntutan plaintif, dan plaintif tidak mendapat lebih daripada jumlah yang ditenderkan untuk penyelesaian, ditawarkan atau dibayar itu, dia tidak boleh mendapat apa-apa kos yang ditanggung selepas tender penyelesaian, tawaran atau bayaran itu, dan defendan berhak untuk mendapat kos yang akan ditetapkan sebagaimana antara peguam cara dengan klien mulai dari masa tender penyelesaian, tawaran atau bayaran itu, dan kos hingga pada masa tender penyelesaian, tawaran atau bayaran itu adalah menurut budi bicara mahkamah: Dengan syarat bahawa peruntukan ini tidak menyentuh kos mengenai apa-apa injunksi dalam guaman atau tindakan itu.

Read this section in the full act →

Find Act 198 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next