My bookmarksSign up free
← House to House and Street Collections Act 1947

House to House and Street Collections Act 1947 s 2

House to House and Street Collections Act 1947 s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the subject or context otherwise requires— “collection” means an appeal to the public or any class of the public, made by means of visits from house to house or of soliciting in streets or other public places, or by both such means, to give, whether for consideration or not, money or other property not being money or property due or about to fall due from the donors under or by virtue of any written law, contract or other legal obligation; and “collector” means, in relation to a collection, a person who makes such an appeal by either of the said means; “house” includes a place of business; “Inspector-General” means the Inspector-General of Police as defined by section 2 of the Police Act 1967 [Act 344]; “licence” means a licence under this Act; “prescribed” means prescribed by regulations made under this Act; “proceeds” means, in relation to a collection, all money and all other property given, whether for consideration or not, in response to the appeal made; “promoter” means, in relation to a collection, a person who causes others to act, whether for remuneration or otherwise, as collectors for the purposes of a collection; and “promote” and “promotion” have corresponding meanings; “the authority” means in relation to a collection to be made— (a) wholly within one State, the Chief Minister thereof; and (b) in any other case, the Minister; “the licensing officer” means in relation to a collection to be made— (a) in any particular area within Peninsular Malaysia the Chief Police Officer in charge of the police in that area; and (b) throughout Peninsular Malaysia or in any area of which the police in one part thereof are in the charge of a Chief Police Officer in charge of the police in any other part of such area, the Inspector-General; *“Peninsular Malaysia” has the meaning assigned thereto in section 3 of the Interpretation Acts 1948 and 1967 [Act 388] and includes the Federal Territory. (2) For the purposes of this Act, a collection shall be deemed to be made for a particular purpose where the appeal is made in association with a representation that the money or other property appealed for, or part thereof, will be applied for that purpose.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika hal perkara atau konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “Ketua Polis Negara” ertinya Ketua Polis Negara sebagaimana yang ditakrifkan oleh seksyen 2 Akta Polis 1967 [Akta 344]; “lesen” ertinya lesen di bawah Akta ini; “*Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] dan termasuklah Wilayah Persekutuan; “pegawai pelesenan” ertinya, berhubung dengan pungutan yang akan dibuat— (a) dalam mana-mana kawasan tertentu dalam Semenanjung Malaysia, Ketua Pegawai Polis yang bertanggungjawab bagi polis dalam kawasan itu; dan *CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2). (b) di seluruh Semenanjung Malaysia atau dalam mana-mana kawasan yang baginya polis dalam satu bahagiannya berada di bawah tanggungjawab Ketua Pegawai Polis yang bertanggungjawab bagi polis dalam mana-mana bahagian lain kawasan itu, Ketua Polis Negara; “hasil” ertinya, berhubung dengan pungutan, semua wang dan semua harta lain yang diberikan, sama ada sebagai balasan atau tidak, bagi menyambut rayuan yang dibuat; “penganjur” ertinya, berhubung dengan pungutan, seseorang yang menyebabkan orang lain bertindak, sama ada untuk saraan atau selainnya, sebagai pemungut bagi maksud pungutan; dan “menganjurkan” dan “anjuran” mempunyai erti yang bersamaan; “pihak berkuasa” ertinya, berhubung dengan pungutan yang hendak dibuat— (a) keseluruhannya di dalam satu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu; dan (b) dalam mana-mana hal lain, Menteri; “pungutan” ertinya rayuan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai, yang dibuat dengan cara lawatan dari rumah ke rumah atau dengan cara pujuk rayu di jalan atau di tempat awam yang lain, atau dengan kedua-dua cara itu, supaya memberi, sama ada sebagai balasan atau tidak, wang atau harta lain yang bukan wang atau harta yang genap masa atau hampir genap masa diberikan oleh pemberinya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau obligasi di sisi undang-undang yang lain; dan “pemungut” ertinya, berhubung dengan pungutan, seseorang yang membuat rayuan sedemikian dengan salah satu cara yang tersebut itu; “rumah” termasuklah tempat perniagaan. (2) Bagi maksud Akta ini, pungutan hendaklah disifatkan dibuat bagi suatu maksud tertentu jika rayuan itu dibuat bersama dengan representasi bahawa wang atau harta yang dirayu itu, atau sebahagiannya, akan digunakan bagi maksud itu.

Read this section in the full act →

Find Act 200 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next