Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 s 9
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 s 9
s 9 Submission of particulars by previous directors
(1) The Board may from time to time require any previous director to submit to it, within such time as it may allow, a signed statement of particulars concerning such matters relating to the affairs of the Bank as the Board may specify, including matters relating to—
(a) the assets of the Bank;
(b) the debts and liabilities of the Bank;
(c) the debts and liabilities owing to the Bank;
(d) the creditors and debtors of the Bank.
(2) Any previous director who, without reasonable excuse—
(a) fails, within the time allowed by the Board, to submit to the Board a statement as required by the Board under subsection (1) and signed by him; or
(b) in submitting a statement, fails to set out the particulars in the manner specified by the Board or omits certain particulars required by the Board; or
(c) submits a statement containing any incorrect or untrue particulars,
shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding twelve months or to both.
*NOTE—The Cooperative Societies Ordinance 1948 has since been revised as the Cooperative Societies Act 1948 [Act 287] and later repealed by the Cooperative Societies Act 1993 [Act 502]– see paragraph 95(1)(a) of Act 502.
Malay text (authoritative)
Pengemukaan butir-butir oleh pengarah yang dahulu
(1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa menghendaki manamana pengarah yang dahulu supaya mengemukakan kepadanya, dalam masa yang dibenarkannya, suatu pernyataan yang ditandatangani mengenai butir-butir berkenaan dengan apa-apa perkara yang ditentukan oleh Lembaga yang berhubungan dengan hal ehwal Bank termasuk perkara yang berhubungan dengan—
(a) aset Bank;
(b) hutang dan liabiliti Bank;
(c) hutang dan liabiliti yang terhutang kepada Bank;
(d) pemiutang dan penghutang Bank.
(2) Mana-mana pengarah yang dahulu yang, tanpa sebab yang munasabah—
(a) tidak mengemukakan kepada Lembaga dalam masa yang dibenarkan oleh Lembaga itu suatu pernyataan sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) dan ditandatangani olehnya; atau
(b) dalam mengemukakan suatu pernyataan, tidak menyatakan butir-butir mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga atau meninggalkan daripada menyatakan butir-butir tertentu yang dikehendaki oleh Lembaga; atau
(c) mengemukakan suatu pernyataan yang mengandungi apaapa butiran yang tidak betul atau tidak benar, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).