s 20 Power of trustees of renewable leaseholds to renew and raise money for the purpose
(1) A trustee of any leaseholds which are renewable from time to time either under any covenant or contract or by custom or usual practice may, if he thinks fit, and shall, if thereto required by any person having any beneficial interest, present or future or contingent, in the leaseholds, use his best endeavours to obtain from time to time a renewed leased of the same property on the accustomed and reasonable terms and for that purpose may from time to time make or concur in making a surrender of the lease for the time being subsisting and do all such other acts as are requisite:
Provided that, where by the terms of the settlement or will the person in possession for his life or other limited interest is entitled
to enjoy the same without any obligation to renew or to contribute to the expense of renewal, this section shall not apply unless the consent in writing of that person is obtained to the renewal on the part of the trustee.
(2) If money is required to pay for the renewal, the trustee effecting the renewal may pay the same out of any money then in his hands in trust for the persons beneficially interested in the lands to be comprised in the renewed lease, and if he has not in his hands sufficient money for the purpose he may raise the money required by charge of the property to be comprised in the renewed lease or of any other property for the time being subject to the trusts to which that property is subject; and no person advancing money upon a charge purporting to be under this power shall be bound to see that the money is wanted or that no more is raised than is wanted for the purpose or otherwise as to the application thereof.
Malay text (authoritative)
Kuasa pemegang amanah pegangan pajak yang boleh diperbaharui untuk memperbaharui dan mendapatkan wang bagi maksud itu
(1) Seseorang pemegang amanah bagi sesuatu pegangan pajak yang boleh diperbaharui dari semasa ke semasa sama ada menurut sesuatu waad atau kontrak atau mengikut adat atau amalan biasa boleh, jika difikirkannya patut, dan hendaklah, jika dikehendaki oleh manamana orang yang mempunyai sesuatu kepentingan benefisial, pada masa itu, menggunakan sebaik-baik ikhtiarnya untuk mendapatkan dari semasa ke semasa suatu pajakan yang dibaharui mengenai harta yang sama mengikut terma-terma yang lazim dan berpatutan dan bagi maksud itu boleh dari semasa ke semasa menyerahkan atau bersetuju untuk menyerahkan pajakan yang ada pada masa itu, dan melakukan apa-apa jua perbuatan lain sebagaimana perlu:
Dengan syarat bahawa, jika menurut terma penyelesaian atau amanah itu orang yang memiliki selama tempoh hayatnya atau kepentingan terhad lain berhak menikmatinya tanpa apa-apa kewajipan untuk membaharui pegangan pajak itu atau menyumbangkan wang bagi belanja membaharuinya, seksyen ini tidak terpakai melainkan jika persetujuan orang itu telah diperoleh secara bertulis bagi membaharui pegangan pajak tersebut di pihak pemegang amanah.
(2) Jika wang diperlukan bagi membayar belanja membaharui pegangan pajak itu, pemegang amanah yang membuat pembaharuan itu boleh membayarnya dengan apa-apa wang yang ada pada masa itu dalam tangannya secara amanah bagi orang-orang yang mempunyai kepentingan benefisial pada tanah yang hendak dimasukkan ke dalam pajakan yang diperbaharui itu, dan jika dia tidak mempunyai di dalam tangannya wang yang cukup bagi maksud itu dia boleh mendapatkan wang yang diperlukan itu dengan menggadaikan harta yang hendak dimasukkan ke dalam pajakan yang hendak diperbaharui itu atau mana-mana harta lain yang pada masa itu tertakluk kepada amanah yang kepadanya harta tersebut tertakluk; dan tiada seorang pun yang mendahulukan wang atas sesuatu gadaian yang berupa dibuat mengikut kuasa ini terikat untuk memastikan bahawa wang itu dikehendaki atau bahawa tidak didapatkan wang yang lebih daripada
yang dikehendaki bagi maksud itu atau selainnya mengenai penggunaannya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).