s 34 Exoneration of trustees in respect of certain powers of attorney
A trustee acting or paying money in good faith under or in pursuance of any power of attorney shall not be liable for any such act or payment by reason of the fact that at the time of the act or payment the person who gave the power of attorney was subject to any disability or bankrupt or dead, or had done or suffered some act or thing to avoid the power, if this fact was not known to the trustee at the time of his so acting or paying:
Provided that—
(a) the money so paid or applied for the advancement or benefit of any person shall not, subject to any contrary intention in the instrument of trust, exceed the sum of ten thousand dollars or in the aggregate an amount equivalent to one half of the presumptive or vested share or interest of that person in the trust property, whichever is the greather; and
(b) the person so entitled shall have the same remedy against the person to whom the payment is made as he would have had against the trustee.
Malay text (authoritative)
Pelepasan pemegang amanah berkenaan dengan surat kuasa wakil tertentu
Seseorang pemegang amanah yang bertindak atau membayar wang dengan suci hati di bawah atau menurut mana-mana surat kuasa wakil tidaklah bertanggungan terhadap apa-apa perbuatan atau bayaran sedemikian oleh sebab pada masa perbuatan atau bayaran itu orang yang memberi surat kuasa wakil itu telah menjadi hilang upaya
atau bankrap atau telah mati, atau telah melakukan atau membiar dilakukan apa-apa perbuatan atau perkara untuk mengelakkan kuasa itu, jika fakta ini tidak diketahui oleh pemegang amanah itu semasa dia bertindak atau membuat bayaran sedemikian:
Dengan syarat bahawa—
(a) wang yang telah dibayar dan digunakan demikian bagi pemajuan atau faedah mana-mana orang tidak boleh, tertakluk kepada apa-apa tujuan yang bertentangan dalam surat cara amanah, melebihi jumlah wang sepuluh ribu ringgit atau dalam agregat suatu amaun yang senilai dengan satu per dua daripada anggaran atau syer terletak hak atau kepentingan orang itu dalam harta amanah itu, mengikut mana-mana yang lebih besar ; dan
(b) orang yang berhak sedemikian hendaklah mempunyai remedi yang sama terhadap orang yang kepadanya bayaran itu dibuat sebagaimana dia sepatutnya mempunyai remedi terhadap pemegang amanah itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).