My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 52

Trustee Act 1949 s 52

s 52 Vesting order consequential on judgment for specific performance, etc.

Where a judgment is given for the specific performance of a contract concerning any interest in land, or for sale or exchange of any interest in land, or generally where any judgment is given for the conveyance of any interest in land either in cases arising out of the doctrine of election or otherwise, the Court may declare— (a) that any of the parties to the action are trustees of any interest in the land or any part thereof within the meaning of this Act; or (b) that the interests of unborn persons who might claim under any party to the action, or under the will or voluntary settlement of any deceased person who was during his lifetime a party to the contract or transaction concerning which the judgment is given, are the interests of persons, who, on coming into existence, would be trustees within the meaning of this Act, and thereupon the Court may make a vesting order relating to the rights of those persons, born and unborn, as if they had been trustees.

Malay text (authoritative)

Perintah meletak hak yang berbangkit daripada penghakiman bagi pelaksanaan spesifik, dsb.

Jika penghakiman diberi bagi pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak yang berhubungan dengan apa-apa kepentingan pada tanah, atau bagi penjualan atau penukaran sesuatu kepentingan pada tanah, atau pada amnya jika apa-apa penghakiman diberi bagi pemindahhakkan apa-apa kepentingan pada tanah, sama ada dalam hal-hal yang berbangkit daripada doktrin pemilihan atau selainnya, Mahkamah boleh mengisytiharkan─ (a) bahawa mana-mana pihak dalam tindakan itu adalah menjadi pemegang-pemegang amanah bagi apa-apa kepentingan pada tanah itu atau mana-mana bahagiannya dalam erti Akta ini; atau (b) bahawa kepentingan orang-orang yang belum lahir yang mungkin menuntut di bawah mana-mana pihak dalam tindakan itu, atau di bawah amanah atau penyelesaian sukarela mana-mana orang yang telah mati yang semasa hayatnya menjadi pihak dalam kontrak atau transaksi yang berkenaan dengannya penghakiman itu dibuat, adalah kepentingan orang-orang, yang apabila dilahirkan, akan menjadi pemegang-pemegang amanah dalam erti Akta ini, dan dengan itu Mahkamah boleh membuat suatu perintah meletak hak berhubungan dengan hak orang-orang itu, yang sudah lahir atau belum lahir, seolah-olah mereka telah menjadi pemegang-pemegang amanah.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next