My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 6

Trustee Act 1949 s 6

s 6 Duty of trustees in choosing investments

(1) In the exercise of any of his powers of investment a trustee shall have regard— (a) to the need for diversification of the investments of the trust, in so far as is appropriate to the circumstances of the trust, and to the degree of risk attaching to the holding of any particular investment or of investments of any particular description; and (b) to the suitability to the trust of investment of the description of investment proposed and of the investment proposed as an investment of that description. (2) A trustee whose power of investment is restricted to the making of investments specified in section 4, shall, before exercising any power to invest in such securities, units or shares as are mentioned in section 5, obtain proper advice on the question whether the investment is satisfactory having regard to the matters mentioned in paragraph (1)(a) and (b), and shall consider the advice obtained: Provided that this subsection shall not apply to the Public Trustee* and to trust companies defined in the Trust Companies Act 1949. (3) (a) For the purposes of subsection (2) proper advice is either the advice of a stock broker obtained through the trustee’s bank manager or the advice of an authorized accountant. (b) In this subsection “bank manager” means the manager of a bank (including a branch of a bank) licensed under section 3 of the Banking Act 1973 [Act 102]**, and “authorized accountant” means a person authorized in writing under any written law relating to companies, to be an auditor of companies generally. (4) A trustee retaining any such security, unit or part as is mentioned in section 5 shall determine at what intervals the circumstances, and in particular the nature of the investment, make it desirable to obtain such advice as aforesaid, and shall obtain and consider such advice accordingly. (5) A trustee shall not be treated as having complied with subsections (2) to (4) unless the advice was given, or has been subsequently confirmed, in writing. (6) Subsections (2) to (4) shall not apply to one of two or more trustees where he is the person giving the advice required by this section to his co-trustee or co-trustees.

Malay text (authoritative)

Kewajipan pemegang amanah dalam memilih pelaburan

(1) Pada menjalankan mana-mana kuasa pelaburannya seseorang pemegang amanah hendaklah memberi perhatian— (a) tentang perlunya dipelbagaikan pelaburan-pelaburan amanah itu, setakat yang bersesuaian dengan keadaan amanah itu, dan tentang tahap risiko yang ada pada pemegangan sesuatu pelaburan tertentu atau pelaburanpelaburan daripada sesuatu jenis tertentu; dan (b) tentang kesesuaian pada amanah itu pelaburan daripada jenis pelaburan yang dicadangkan itu dan tentang kesesuaian pelaburan yang dicadangkan itu sebagai suatu pelaburan daripada jenis itu; (2) Seseorang pemegang amanah yang kuasa pelaburannya terhad kepada membuat pelaburan yang dinyatakan dalam seksyen 4, hendaklah, sebelum menjalankan apa-apa kuasa untuk melabur dalam apa-apa sekuriti, unit atau syer yang disebut dalam seksyen 5, mendapatkan nasihat yang wajar mengenai persoalan sama ada pelaburan itu memuaskan dengan memberi perhatian tentang perkaraperkara yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b), dan hendaklah menimbangkan nasihat yang diperoleh itu: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi Pemegang Amanah Raya* dan bagi syarikat amanah yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat Amanah 1949. (3) (a) Bagi maksud subseksyen (2) nasihat yang wajar adalah sama ada nasihat seorang broker stok yang diperoleh melalui pengurus bank pemegang amanah itu atau nasihat seorang akauntan yang diberi kuasa. (b) Dalam subseksyen ini “pengurus bank” ertinya pengurus bank (termasuk cawangan bank) yang dilesenkan di bawah seksyen 3 Akta Bank 1973 [Act 102]**, dan “akauntan yang diberi kuasa” ertinya seseorang yang diberi kuasa secara bertulis di bawah mana-mana * CATATAN—Perkataan “Pemegang Amanah” kini dirujuk sebagai “perbadanan” di bawah nama Amanah Raya Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] menurut seksyen 2 dan subseksyen 43(3) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532]. ** CATATAN—Akta Bank 1973 [Akta 102] telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]-lihat subseksyen 128(1) Akta 372. Kini Akta Bank dan Insititusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]-lihat seksyen 271 Akta 758. undang-undang bertulis berhubungan dengan syarikat, menjadi juruaudit syarikat pada amnya. (4) Seseorang pemegang amanah yang menyimpan apa-apa sekuriti, unit atau bahagian sebagaimana disebut dalam seksyen 5, hendaklah menentukan ketikanya hal-keadaan itu, dan khususnya jenis pelaburan itu, menyebabkannya perlu mendapatkan apa-apa nasihat sebagaimana tersebut dahulu, dan hendaklah mendapat dan menimbangkan nasihat itu dengan sewajarnya. (5) Seseorang pemengang amanah tidak boleh dikira sebagai telah mematuhi subseksyen (2) hingga (4) melainkan jika nasihat itu telah diberi, atau telah disahkan kemudiannya, secara bertulis. (6) Subseksyen (2) hingga (4) tidak terpakai bagi seorang daripada dua orang atau lebih pemegang amanah jika dia adalah orang yang memberi nasihat yang dikehendaki oleh seksyen ini kepada pemegang amanah bersama atau pemegang-pemegang amanah bersamanya.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next