My bookmarksSign up free
← Trustee Act 1949

Trustee Act 1949 s 5

Trustee Act 1949 s 5

s 5 Further powers of investment of trustee

(1) The investments specified in section 4 shall include any security to which this section applies and any units, or any shares of the investments subject to the trust, of a unit trust scheme approved by the Yang di-Pertuan Agong by notification published in the Gazette. (2) Subject to this section, this section applies to any securities issued by a company (whether incorporated in Malaysia or elsewhere) prices for which are quoted on the Stock Exchange of Malaysia. (3) This section does not apply to securities of any company unless— (a) the total issued and paid-up share capital of the company is, or if converted into ringgit from currency other than ringgit is, five million ringgit or more; and (b) the company has in each of the five years immediately preceding the calendar year in which the investment is made paid a dividend on all the shares issued by the company, excluding any shares issued after the dividend was declared and any shares which by their terms of issue did not rank for the dividend for that year, and the rate exchange in relation to the conversion of issued and paid-up share capital shall be that certified by a bank manager, as defined in paragraph 6(3)(b), to be appropriate on the day a trustee exercises his power to invest in such securities. (4) For the purposes of paragraph 3(b), a company formed— (a) to take over the business of another company or other companies; or (b) to acquire the securities, or control, of another company or other companies; or (c) for either of those purposes and for other purposes, shall be deemed to have paid a dividend as mentioned in that paragraph in any year in which such a dividend has been so paid by the other company or all of the other companies, as the case may be. (5) This section does not apply to shares or debenture stock not fully paid up, except shares or stock which by the terms of issue are required to be fully paid up within nine months of the date of issue. (6) No provision relating the powers of the trustee contained in any instrument made before 30th day of June 1965 shall limit the powers conferred by this section, but those powers are exercisable only in so far as a contrary intention is not expressed in any instrument so relating which is made after 29th day of June 1965. *NOTE—Employees Provident Fund Act 1951 [Act 272] has been repealed by Employees Provident Fund Act 1991 [Act 452]–see paragraph 75(a) of Act 452.

Malay text (authoritative)

Kuasa tambahan mengenai pelaburan bagi pemegang amanah

(1) Pelaburan yang dinyatakan dalam seksyen 4 termasuklah apa-apa sekuriti yang baginya seksyen ini terpakai dan apa-apa unit, atau apa-apa bahagian pelaburan itu yang tertakluk kepada amanah, sesuatu skim amanah saham yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta. (2) Tertakluk kepada seksyen ini, seksyen ini terpakai bagi apa-apa sekuriti yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat (sama ada diperbadankan dalam Malaysia atau di tempat lain) yang disebut harga dalam Bursa Saham Malaysia. (3) Seksyen ini tidak terpakai bagi sekuriti mana-mana syarikat melainkan jika— (a) jumlah modal syer yang telah dikeluarkan dan dibayar bagi syarikat itu adalah, jika ditukarkan kepada ringgit daripada mata wang selain ringgit adalah, sebanyak lima juta ringgit atau lebih; dan (b) pada tiap-tiap tahun dalam masa lima tahun sebelum sahaja tahun kelendar dalam mana pelaburan itu dibuat syarikat itu telah membayar dividen ke atas semua syer yang dikeluarkan oleh syarikat itu, tidak termasuk apa-apa syer yang dikeluarkan selepas dividen itu diisytiharkan dan apa-apa syer yang mengikut terma-terma pengeluarannya tidak diperingkatkan untuk mendapat dividen bagi tahun itu. dan kadar pertukaran wang berhubungan dengan penukaran modal syer yang telah dikeluarkan dan dibayar hendaklah mengikut kadar yang diperakui oleh seorang pengurus bank, sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan 6(3)(b), sebagai berpatutan pada hari pemegang amanah itu menjalankan kuasanya untuk melabur dalam sekuriti sedemikian. (4) Bagi maksud perenggan 3(b), suatu syarikat yang ditubuhkan— (a) untuk mengambil alih perniagaan suatu syarikat lain atau syarikat-syarikat lain; atau (b) untuk memperoleh sekuriti, atau kawalan, suatu syarikat lain atau syarikat-syarikat lain; atau (c) bagi salah satu daripada maksud-maksud tersebut dan bagi maksud-maksud lain, hendaklah disifatkan sebagai telah membayar dividen yang disebut dalam perenggan itu bagi mana-mana tahun yang dividen itu telah dibayar demikian oleh syarikat lain atau kesemua syarikat lain itu, mengikut mana yang berkenaan. (5) Seksyen ini tidak terpakai bagi syer atau stok debentur yang tidak dibayar penuh, kecuali syer atau stok yang mengikut terma-terma pengeluarannya dikehendaki supaya dibayar penuh dalam masa sembilan bulan dari tarikh pengeluaran itu. (6) Tiada apa-apa peruntukan berhubungan dengan kuasa pemegang amanah yang terkandung dalam mana-mana surat cara yang dibuat sebelum 30 Jun 1965 boleh membataskan kuasa yang diberi oleh seksyen ini, tetapi kuasa tersebut hanya boleh dijalankan setakat yang niat sebaliknya tidak dinyatakan dalam mana-mana surat cara berkenaan yang dibuat selepas 29 Jun 1965.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 208 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next