Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979 s 29
s 29 Common seal of the Perbadanan
(1) The common seal of the Perbadanan shall bear such device as the Perbadanan may approve and may from time to time be broken, changed, altered, and made anew by the Perbadanan.
(2) The common seal used by the Perbadanan immediately before the commencement of this Act shall continue to be the common seal of the Perbadanan unless and until a different seal is approved by the Perbadanan.
(3) The common seal of the Perbadanan shall be kept in the custody of, and shall be authenticated by, such person as the Perbadanan may direct.
(4) All deeds, documents, and other instruments purporting to be sealed with the common seal of the Perbadanan and authenticated by the person in whose custody the common seal is kept shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed.
(5) The seal of the Perbadanan shall be officially and judicially noticed.
Malay text (authoritative)
Meterai perbadanan bagi Perbadanan
(1) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah mengandungi reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah, dan dibuat baru oleh Perbadanan.
(2) Meterai perbadanan yang digunakan oleh Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus menjadi meterai perbadanan bagi Perbadanan melainkan dan sehingga suatu meterai lain diluluskan oleh Perbadanan.
(3) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan, dan hendaklah disahkan oleh, orang yang diarahkan oleh Perbadanan
(4) Semua surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai perbadanan bagi Perbadanan dan disahkan oleh orang yang dalam jagaannya meterai perbadanan itu disimpan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.
(5) Meterai Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 222 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).