s 26 Payment without probate or letters of administration
(1) Notwithstanding any written law to the contrary, where a person to whom any payment could be made under this Act and the regulations made thereunder dies before the payment is made, the amount remaining unpaid may be paid to his dependants without probate or letters of administration.
(2) Where an officer dies in service, any cash award payable in lieu of accumulated leave granted under the regulations may be paid to his dependants without probate or letters of administration.
(3) Where any payment is made in good faith under this section and in accordance with the provisions of this Act and of the regulations made thereunder, such payment shall constitute a full and proper discharge of all liability and no action, suit or proceedings for such payment or calling such payment in question be brought or shall lie against the Government or any of its officers or servants.
(4) For the purpose of this section—
(a) “dependant” means—
(i) a widow of a deceased;
(ii) a widower of a deceased;
(iii) a child of a deceased; or
(iv) the mother of a deceased officer, or if his mother is not living, his dependent father;
(b) “unpaid” means unpaid by the Government or undrawn by the person.
Malay text (authoritative)
Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir
(1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang yang kepadanya apa-apa pembayaran boleh dibuat di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mati sebelum pembayaran dibuat di bawahnya mati sebelum pembayaran dibuat, amaun yang masih belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir.
(2) Jika seseorang pegawai mati dalam perkhidmatan, apa-apa pembayaran tunai yang boleh dibayar sebagai ganti cuti terkumpul yang diberi di bawah peraturan-peraturan bolehlah dibayar kepada orang-orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir.
(3) Jika apa-apa pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen ini dan menurut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, pembayaran tersebut hendaklah menjadi pelepasan sepenuh dan sepatutnya akan segala liabiliti, dan tiada tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran tersebut atau yang mempersoalkan tentang pembayaran tersebut boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya.
(4) Bagi maksud seksyen ini—
(a) “orang tanggungan” ertinya-
(i) balu kepada si mati;
(ii) duda kepada si mati;
(iii) anak kepada si mati;
(iv) ibu kepada pegawai yang mati, atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya;
(b) “belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).