My bookmarksSign up free
← Pensions Act 1980

Pensions Act 1980 s 6

Pensions Act 1980 s 6

s 6 Computation of pension, etc.

(1) Any pension, gratuity or other benefit granted under this Act shall be computed in accordance with the regulations; provided that, in the case of retirement under paragraph 10(5)(a) or under section 12A, the amount of pension granted shall not be less than one-fifth of the officer’s last drawn salary. (2) For the purpose of subsection (1), an officer who retires before being confirmed in his second or subsequent appointment, the last drawn salary shall be the last drawn salary of his former appointment in which he had been confirmed had he remained in his former appointment until his retirement.

Malay text (authoritative)

Penghitungan pencen, dsb.

(1) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberi di bawah Akta ini hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan itu; dengan syarat bahawa, bagi persaraan di bawah perenggan 10(5)(a) atau di bawah seksyen 12A, amaun pencen yang diberikan tidak boleh kurang daripada satu perlima dari gaji akhir yang diterima oleh pegawai itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai yang bersara sebelum disahkan dalam jawatannya yang kedua atau yang berikutnya, gaji yang akhir diterima ialah gaji yang akhir diterima bagi jawatannya yang terdahulu dalam mana ia telah disahkan jika sekiranya dia terus memegang jawatannya yang terdahulu itu sehingga persaraannya. (3) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah seksyen 11 hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pegawai itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.

Read this section in the full act →

Find Act 227 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next