(1) A monthly injury allowance granted to an officer who is retired as a result of sustaining an injury or contracting a disease in the actual discharge of his duties under the Ordinance shall be—
(a) one-twelfth of his salary where his capacity to contribute to his support is slightly impaired;
(b) one-sixth of his salary where his capacity to contribute to his support is impaired;
(c) one-fourth of his salary where his capacity to contribute to his support is materially impaired;
(d) one-third of his salary where his capacity to contribute to his support is totally destroyed.
(2) Notwithstanding subsection (1), an officer who sustains a permanent injury while travelling in the actual discharge of his duties under the Ordinance or while on duty in a Security Area, proclaimed under section 47 of the Internal Security Act 1960 [Act 82], the injury allowance payable shall be—
(a) one-eighth of his salary where his capacity to contribute to his support is slightly impaired;
(b) one-quarter of his salary where his capacity to contribute to his support is impaired;
(c) three-eighths of his salary where his capacity to contribute to his support is materially impaired;
(d) one-half of his salary where his capacity to contribute to his support is totally destroyed.
(3) For the purposes of subsections (1) and (2), “salary” means the monthly substantive salary and any pensionable allowance that the officer receives at the time of sustaining the injury or contracting the disease.
(4) Injury allowance shall be payable in addition to service pension and gratuity or retiring allowance or gratuity granted under section 6 or 8 respectively but the total amount payable under this section shall not exceed two-thirds of his last drawn salary.
Malay text (authoritative)
Elaun bencana
(1) Elaun bencana bulanan yang diberi kepada seseorang pegawai yang bersara akibat daripada menanggung bencana atau mendapat penyakit semasa sebenarnya menjalankan tugasnya di bawah Ordinan itu ialah―
(a) satu perdua belas daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja;
(b) satu perenam daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat;
(c) satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya;
(d) satu pertiga daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali.
(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), seseorang pegawai yang menanggung bencana secara kekal semasa sebenarnya menjalankan tugasnya di bawah Ordinan itu atau semasa bertugas dalam Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82], elaun bencana yang kena dibayar ialah―
Penghitungan Semula Pencen
(a) satu perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja;
(b) satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat;
(c) tiga perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya;
(d) setengah daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali.
(3) Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), “gaji” ertinya gaji hakiki bulanan dan apa-apa elaun berpencen yang diterima oleh pegawai itu pada mula ia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu.
(4) Elaun bencana hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan atau elaun persaraan atau ganjaran yang diberi masing-masingnya di bawah seksyen 6 atau 8 tetapi jumlah kesemuanya yang kena dibayar di bawah seksyen ini tidak boleh lebih daripada dua pertiga daripada gaji akhir yang diterimanya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).