s 10
Accounts and audit
State Water Supply Fund (Financial and Accounting Procedure) Act 1980 s 10
Sections 9 and 11 were repealed by later amendments.
Accounts and audit
Akaun dan audit
(1) Akaun-akaun perniagaan Jabatan Air hendaklah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan peruntukan Akta Audit 1957 [Akta 62] hendaklah terpakai. (2) Pengarah hendaklah, tidak lewat daripada 31 Mac dalam tahun yang berikutnya, atau suatu tarikh terkemudian yang tidak lewat daripada 31 Julai dalam tahun itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Besar, menghantar kepada Ketua Audit Negara penyata-penyata kewangan tentang akaun-akaun perniagaan yang disebut dalam subseksyen (1) yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira, penyata Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) untung rugi dan apa-apa penyata sokongan yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Besar. (3) Penyata-penyata yang telah diaudit bersama dengan pemerhatian Ketua Audit Negara mengenainya hendaklah dikemukakan kepada Menteri Besar yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri.
Text as at 31 May 2001 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).