My bookmarksSign up free
← State Water Supply Fund (Financial and Accounting Procedure) Act 1980

State Water Supply Fund (Financial and Accounting Procedure) Act 1980 s 5

State Water Supply Fund (Financial and Accounting Procedure) Act 1980 s 5

Sections 9 and 11 were repealed by later amendments.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 5 Penggunaan wang dalam Kumpulan Wang

Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta Tatacara Kewangan 1957 atau mana-mana undang-undang bertulis lain, wang yang berada dalam kredit Kumpulan Wang boleh digunakan oleh Pengarah bagi maksud yang berikut: (a) membayar saraan kepada Pengarah dan orang lain yang berkhidmat dalam Jabatan Air termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau skim lain yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri berkenaan dengan orang itu; (b) membayar barangan dan perkhidmatan yang diperoleh bagi maksud perkhidmatan bekalan air dan perbelanjaan memperoleh harta alih dan harta tak alih yang berkenaan dengan atau bersampingan dengan penjalanan kerja dan perkhidmatan, yang berhubungan dengan bekalan air, sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan; (c) membayar kepada Akaun-akaun Disatukan Negeri yang berkenaan sebagai bayaran ganti berkenaan dengan ─ (i) bunga dan bayaran lain dan pembayaran balik wang pokok atas pinjaman yang diperdapatkan oleh Negeri, sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, bagi maksud bekalan air; (ii) apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apaapa penghakiman, keputusan atau award terhadap Negeri oleh mana-mana mahkamah atau tribunal berkaitan dengan pengendalian perkhidmatan bekalan air; (d) membuat bayaran bagi menjelaskan apa-apa tanggungan berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air menurut Enakmen Bekalan Air Negeri; Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) (e) membayar royalti ke atas air yang belum dibersihkan dan ditapis yang diambil daripada mana-mana punca atau punca-punca yang ditetapkan; (f) pembayaran apa-apa perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh Jabatan Air dalam mengendalikan atau menyelenggarakan perkhidmatan bekalan air dalam Negeri menurut Enakmen Bekalan Air Negeri itu.

Read this section in the full act →

Find Act 230 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 31 May 2001 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next