My bookmarksSign up free
← Statutory Bodies (Accounts and Annual Reports) Act 1980

Statutory Bodies (Accounts and Annual Reports) Act 1980 s 10

Statutory Bodies (Accounts and Annual Reports) Act 1980 s 10

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 10 Peruntukan peralihan

(1) Jika, pada tarikh tersiarnya Akta ini dalam Warta, sesuatu badan berkanun belum lagi, bagi mana-mana tahun kewangannya yang berakhir pada atau sebelum 31 Disember 1980— (a) menyebabkan penyata akaunnya diaudit; atau (b) menyediakan laporan tahunan tentang aktivitinya, mengikut peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya ia diperbadankan, maka badan berkanun yang sedemikian itu hendaklah, pada atau sebelum 31 Disember 1981, menyebabkan akaunnya diaudit dan hendaklah menyediakan laporan tahunan tentang aktivitinya mengikut peruntukan undang-undang persekutuan itu. (2) Peruntukan seksyen 7 dan 8— (a) hendaklah kemudian daripada itu terpakai bagi penyata akaun teraudit dan laporan tahunan tentang aktiviti yang sedemikian itu; Undang-Undang Malaysia AKTA 240 (b) hendaklah juga terpakai bagi penyata akaun lain dan laporan tahunan tentang aktiviti sesuatu badan berkanun bagi tahun tahun kewangan yang berakhir pada atau sebelum 31 Disember 1980 yang telah diaudit dan disediakan, mengikut mana yang berkenaan, sebelum dari tarikh tersiarnya Akta ini dalam Warta tetapi yang belum lagi, pada tarikh tersebut, dikemukakan kepada Menteri atau dibentangkan dalam mana-mana satu atau kedua-dua Majlis Parlimen mengikut peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya badan berkanun yang berkenaan itu ditubuhkan.

Read this section in the full act →

Find Act 240 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next