Bintulu Port Authority Act 1981 s 61
s 61 Submission of Pilotage Committee’s findings and recommendations to Authority
(1) Where the Pilotage Committee, after due inquiry in accordance with this Part and after hearing any statement that may be offered in defence, finds that an Authority pilot or a person licensed under subsection 55A(1) has been guilty of misconduct affecting his capability, or has failed in or neglected his duty, or has become incompetent to act, as a pilot, it shall submit to the Authority a copy of the record of the inquiry and its findings and recommendations in respect of the inquiry.
(2) The Authority may, after considering the findings and recommendations of the Pilotage Committee, suspend or cancel the licence of the Authority pilot or person licensed under subsection 55A(1) or impose such other punishment as the Authority may think fit.
(3) Any Authority pilot or any person licensed under subsection 55A(1) who is aggrieved by a decision of the Authority made under subsection (2) may, within fourteen days from the date of such decision, appeal to the Minister whose decision thereon shall be final.
Malay text (authoritative)
Pengemukaan pendapat dan syor Jawatankuasa Permaliman kepada Lembaga
(1) Jika Jawatankuasa Permaliman, selepas siasatan sewajarnya mengikut Bahagian ini dan setelah mendengar apa-apa pernyataan yang mungkin diberi sebagai pembelaan, mendapati bahawa seseorang malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A(1) telah bersalah kerana salah laku yang menjejaskan * CATATAN— Sebelum ini “lima ratus ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992 [Akta A831].
keupayaannya sebagai malim atau tidak menjalankan tugasnya atau mengabaikan tugasnya sebagai malim atau menjadi tidak tak kompeten untuk bertindak sebagai malim, Jawatankuasa Permaliman hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu salinan rekod siasatan itu dan pendapat serta syornya berkenaan dengan siasatan itu.
(2) Lembaga boleh, selepas menimbang pendapat dan syor Jawatankuasa Permaliman, menggantung atau membatalkan lesen malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah 55A(1) itu atau mengenakan apa-apa hukuman lain yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(3) Seseorang malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A(1) yang terkilan dengan keputusan Lembaga yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan itu dibuat, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 243 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 July 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).