Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 24
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 24
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 24 Person licensed to ascertain that film has come into possession, custody or control lawfully
(1) A person licensed under section 22 shall not engage in any one of the activities or the combination thereof referred to in section 21 without first ascertaining that any film which is the subject matter of his activity or combination of activities has come into the possession, custody or control of himself, his servant or agent lawfully.
(2) In any prosecution for an offence under this section, it shall be presumed that the film came into the possession, custody or control of such person, his servant or agent unlawfully unless such person is able to prove that the film so came into possession, custody or control without his knowledge, consent or connivance or that of his servant or agent and that he exercised all due diligence to prevent the film so coming into possession, custody or control.
Malay text (authoritative)
Orang yang diberi lesen untuk menentukan bahawa filem itu berada dalam milik, jagaan atau kawalannya dengan sah
(1) Seseorang yang diberi lesen di bawah seksyen 22 tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana satu daripada aktiviti atau gabungan aktiviti yang tersebut dalam seksyen 21 tanpa menentukan terlebih dahulu bahawa mana-mana filem yang menjadi hal perkara aktiviti atau gabungan aktivitinya berada dalam milik, jagaan atau kawalannya sendiri, pekhidmat atau agennya dengan sah.
(2) Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah dianggap bahawa filem itu berada dalam
milik, jagaan atau kawalan orang itu, pekhidmat atau agennya dengan menyalahi undang-undang melainkan jika orang itu dapat membuktikan bahawa filem yang berada dalam milik, jagaan atau kawalannya itu adalah tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya atau oleh pekhidmat atau agennya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah filem itu daripada berada dalam milik, jagaan atau kawalannya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).