My bookmarksSign up free
← Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 6

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 s 6

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 6 Functions of the Perbadanan

(1) The functions of the Perbadanan shall be— (a) to make recommendations to the Minister as to the policies, methods and measures to be adopted to promote, nurture and facilitate the development of the film industry; (b) to develop, and stimulate the growth and maintain the standards of, the film industry by various means, including the provision of research and advisory services; (c) to regulate and co-ordinate the activities of persons and bodies relating to matters pertaining to the film industry; (d) generally to promote and assist, both inside and outside Malaysia, in the development of the film industry; (e) to regulate and control the production, distribution and exhibition of films in Malaysia, and in relation thereto to provide for the issue of licences; and (f) to manage and control the maintenance and operation of places and equipment belonging to the Perbadanan for the purposes of paragraph (2)(c). (2) The Perbadanan shall have power to do all things expedient or reasonably necessary for or incidental to the discharge of its functions and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing, it shall have the power— (a) to conduct surveys in respect of the film industry and carry out feasibility studies for the development of film production locally; (b) to provide training facilities and to control and supervise the implementation of training projects and programmes relating to the film industry; (c) to provide or assist in the production of services, facilities and filming equipment to film producers, distributors and exhibitors and cinema hall owners, but not itself to participate in film production, directly or indirectly; (d) to receive, in consideration of the services rendered by it, such commission or payment as may be agreed upon; (e) to grant any subsidy or credit facility but in no way as to enable itself to participate in film production, directly or indirectly; (f) to prescribe and levy fees or other charges in relation to the performance of its functions and the exercise of its powers under this Act; (g) to participate in international organisations relating to the film industry and to hold, promote and participate in film festivals, exhibitions and seminars or in any activity of a similar nature both inside and outside Malaysia; (h) to establish institutions, centres, sub-centres and workshops for the undertaking of research and other activities necessary for or related to the development of the film industry; (i) to provide incentives in respect of the film industry; (j) to disseminate information to the public on the various aspects of the film industry; and (k) to do such other matters as may be directed by the Minister.

Malay text (authoritative)

Tugas Perbadanan

(1) Tugas Perbadanan ialah – (a) membuat syor kepada Menteri tentang dasar, cara dan langkah yang hendak diambil untuk menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman; (b) untuk memaju dan mendorong perkembangan dan mengekalkan taraf perusahaan perfileman dengan berbagai cara, termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidikan dan nasihat; (c) untuk mengawal dan menyelaraskan aktiviti orang dan badan berkaitan dengan perkara yang berhubungan dengan perusahaan perfileman; (d) amnya untuk menggalakkan dan membantu dalam memajukan perusahaan perfileman di dalam dan di luar Malaysia; (e) untuk mengawal dan mengawasi pengeluaran, pengedaran dan pameran filem dalam Malaysia, dan berhubung dengannya membuat peruntukan bagi mengeluarkan lesen; (f) untuk mengurus dan mengawasi penyenggaraan dan pengendalian tempat dan peralatan kepunyaan Perbadanan bagi maksud subseksyen (2)(c); dan (g) menyebar maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian Kerajaan melalui pengeluaran filem; dan (h) merakam liputan peristiwa bagi maksud arkib. (2) Perbadanan adalah mempunyai kuasa untuk melakukan segala kuasa yang bermanfaat dan semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut itu, ia adalah mempunyai kuasa− (a) untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, atau pertubuhan perbadanan atau orang perseorangan dalam menjalankan tinjauan dan kajian berkenaan dengan perusahaan perfileman dan dalam menjalankan kajian kemungkinan bagi memajukan perusahaan perfileman tempatan, (b) untuk mengadakan kemudahan latihan dan untuk mengawas dan menyelia pelaksanaan projek dan program latihan berhubung dengan perusahaan perfileman; (c) untuk mengadakan atau membantu dalam pengeluaran perkhidmatan, kemudahan dan peralatan perfileman untuk pengeluar, pengedar dan pempamer filem dan pemunya dewan wayang gambar; (d) untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberi olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui; (e) untuk memberi bantuan kewangan melalui pinjaman, kemudahan kredit, geran, pelaburan atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain dan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem; (f) untuk menetap dan melevi fi atau bayaran lain berhubung dengan pelaksanaan tugasnya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (g) untuk mengambil bahagian dalam pertubuhan antarabangsa yang berkaitan dengan perusahaan perfileman dan untuk mengadakan, menganjur dan mengambil bahagian dalam pesta, pameran dan seminar filem atau apa-apa aktiviti yang seumpamanya di dalam dan di luar Malaysia; (h) untuk menubuhkan institusi, pusat, pusat kecil dan bengkel untuk menjalankan penyelidikan dan aktiviti lain yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan kemajuan perusahaan perfileman; (i) untuk mengadakan dorongan bagi perusahaan perfileman; (j) untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai berbagai aspek perusahaan perfileman; (ja) mengeluarkan rakaman liputan peristiwa bagi maksud arkib atau mengeluarkan apa-apa filem atau rakaman yang Kerajaan fikirkan perlu bagi maksud pendidikan, penerangan, seni, budaya dan perkara lain yang disyorkan oleh Perbadanan; (k) untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 244 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next