My bookmarksSign up free
← Innkeepers Act 1952

Innkeepers Act 1952 s 3

Innkeepers Act 1952 s 3

s 3 Power of sale of goods deposited with innkeeper

An innkeeper shall, in addition to his ordinary lien, have the right absolutely to sell by public auction any goods which may have been deposited with him or left in the inn he keeps or in any garage, car park or other premises appurtenant thereto where the person depositing or leaving such goods shall be or become indebted to the said innkeeper for any board or lodging: Provided thatβ€” (a) no such sale shall be made until after the said goods shall have been for the space of six weeks in such charge or custody or in or upon such premises without such debt having been paid or satisfied; (b) the innkeeper, after having out of the proceeds of such sale paid himself the amount of any such debt, together with the costs and expenses of any such sale, shall on demand pay to the person depositing or leaving any such goods the surplus (if any) remaining after such sale; (c) the debt for the payment of which a sale is made shall not be any other or greater debt than the debt for which the goods could have been retained by the innkeeper under his lien; (d) at least one month before any such sale the innkeeper shall cause to be inserted in a newspaper circulating in Malaysia an advertisement containing notice of such intended sale, and giving shortly a description of the goods intended to be sold, together with the name of the owner or person who deposited or left the same where known.

Malay text (authoritative)

Kuasa menjual barang yang dideposit dengan tuan rumah inapan

Seseorang tuan rumah inapan hendaklah, sebagai tambahan kepada lien biasanya, mempunyai hak mutlak untuk menjual melalui lelong awam apa-apa barang yang telah didepositkan dengannya atau ditinggalkan di rumah inapan yang diuruskan olehnya atau di mana-mana garaj, tempat letak kereta atau di premis lain yang bersangkutan dengannya di mana seseorang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu hendaklah atau menjadi terhutang kepada tuan rumah inapan tersebut bagi makanan atau penginapan: Dengan syarat bahawaβˆ’ (a) tiada jualan sedemikian boleh dibuat sehingga selepas barang tersebut telah berada di bawah tanggungan atau jagaan sedemikian selama enam minggu atau berada di dalam atau pada premis itu tanpa hutang itu dibayar atau dijelaskan; (b) tuan rumah inapan, setelah daripada hasil jualan sedemikian membayar pada dirinya amaun sesuatu hutang itu, bersama dengan kos dan belanja sesuatu jualan sedemikian, hendaklah apabila dituntut membayar lebihan Tuan Rumah Inapan (jika ada) yang berbaki selepas jualan sedemikian kepada orang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu; (c) hutang yang mana untuk pembayarannya suatu jualan diadakan tidak boleh terdiri daripada sesuatu hutang lain atau hutang yang lebih besar daripada hutang bagi mana barang itu boleh disimpan oleh tuan rumah inapan di bawah liennya; (d) sekurang-kurangnya satu bulan sebelum sesuatu jualan sedemikian tuan rumah inapan itu hendaklah mengarahkan supaya dimasukkan di dalam surat khabar yang diedarkan di Malaysia suatu iklan yang mengandungi notis mengenai jualan yang dicadangkan itu, dan memberi secara ringkas perihal barang yang dicadangkan akan dijual, bersama dengan nama pemunya atau orang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu jika diketahui.

Read this section in the full act β†’

Find Act 248 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next