(1) The expenses of the Lembaga up to such amount as may be authorized by the Minister for any one year shall be defrayed out of the Fund.
(2) Before the beginning of September of each year the Lembaga shall submit to the Minister an estimate of the expenses (including those for development projects) for the following year in such form and containing such particulars as the Minister may direct; and the Minister shall before the beginning of that following year notify the Lembaga of the amount authorized for expenses generally or of the amounts authorized for each description of expenditure.
(3) The Lembaga may at any time submit to the Minister a supplementary estimate for any one year and the Minister may allow the whole or any part of the additional expenditure included therein.
(4) The Minister may direct the Lembaga to submit a copy of the estimate or supplementary estimate, as the case may be, to the Government of the State or to such other person as may be specified in the direction.
Malay text (authoritative)
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
(1) Perbelanjaan Lembaga setakat amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
(2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
(4) Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain yang dinyatakan dalam arahan itu.
Text as at 1 July 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).