LawPlayer
My bookmarks
← Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981 s 33

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981 s 33

Act no.
Act 249
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981 [Act 249], s 33

s 33 Things done in anticipation of this Act

All things done by any person or authority on behalf of the Lembaga in the preparation of and towards the proper implementation of any of the provisions of this Act and any expenditure incurred in relation thereto, in anticipation of the promulgation of this Act, shall be deemed to have been authorized by this Act, and all rights and obligations acquired or incurred on behalf of the Lembaga from anything so done or any expenditure so incurred shall upon the coming into force of this Act be deemed to be the rights and obligations of the Lembaga.

Malay text (authoritative)

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya pada menjangkakan Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga sebaik sahaja Akta ini mula berkuat kuasa. *34–35. (Dipotong oleh Akta A1541). *CATATAN—Lihat seksyen 15 Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017 [Akta A1541] bagi peruntukan peralihan berhubung dengan pemakaian seksyen 34 dan 35. Jadual Pertama [Subseksyen 5(2)] Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan 1. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula dari semasa ke semasa. (2) Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab. (3) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Menteri. (4) Seseorang anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya. Pengosongan jawatan 2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong— (a) jika anggota itu mati; (b) jika telah dibuktikan terhadap anggota itu, atau anggota itu telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau (c) jika anggota itu menjadi bankrap; (d) jika anggota itu tidak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (e) jika anggota itu tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga; (f) sekiranya peletakan jawatan anggota itu diterima oleh Menteri; atau (g) jika pelantikan anggota itu dibatalkan. (2) Jika mana-mana anggota terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang berkenaan. Saraan dan elaun 3. Hendaklah dibayar kepada anggota Lembaga atau mana-mana orang lain apa-apa gaji, saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri. Mesyuarat 4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan. (2) Kuorum bagi Lembaga ialah enam. (2a) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak mendapat satu undi. (3) Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau, jika dia tidak hadir, seorang anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu. (4) Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya. (5) Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri. Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 5. Lembaga boleh meminta mana-mana orang (yang bukan anggota Lembaga) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan tersebut. Meterai perbadanan 6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan. (3) Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Pengurus Besar atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengurus Besar atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan, boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu. (4) Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Penzahiran kepentingan 7. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat dan jenis kepentingannya, penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, dan melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Minit 8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat Lembaga disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Kesahan perbuatan dan prosiding 9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan— (a) ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu. Jadual Kedua [Subseksyen 28(2)] Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan 1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 28, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan— (a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan itu. Kecualian 2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi Lembaga kuasa untuk membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Lembaga itu ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini. Kuat kuasa peraturan-peraturan 3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan apa-apa peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini. Pindaan peraturan-peraturan 4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan. Daftar perbadanan 5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 28 dan daftar itu bersama-sama dengan salinan semua peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya. Penggulungan 6. (1) Lembaga boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan. (2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan. (3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga. Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang baginya perbadanan itu telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan semua perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam tiap-tiap satu hal itu. Meterai perbadanan bagi perbadanan 8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh perbadanan itu, dengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu dengan kelulusan Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu melingkungi “LKWK” boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan. (3) Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah disimpan dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan itu; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan itu oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu. (4) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Jadual Ketiga [Subseksyen 28a(2)] Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan 1. (1) Pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang dikeluarkan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga. (2) Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa dan memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi suatu jawatankuasa. (3) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. (4) Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga. (5) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga. Mesyuarat 2. (1) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (2) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasanya bagi maksud menasihati jawatankuasa itu tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu. (3) Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subperenggan (2) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga. Tatacara 3. Tertakluk kepada Akta ini, jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981, s 33 is headed “Things done in anticipation of this Act” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981, s 33 begins “All things done by any person or authority on behalf of the Lembaga in the preparation of and towards the proper implementation of any of…”.
Location
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981, s 33 is placed under “Part VI: General”.
Amendment
The latest amendment listed for Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981 in the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) that LawPlayer follows is Act A969, in force from 27 September 1996.
Version
The text of Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 July 2015.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981, s 33 is s 32A.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981, s 33 is s 34.
Synced
LawPlayer last synced the text of Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981, s 33 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next