s 4 Functions of the Lembaga
(1) The functions of the Lembaga shall be —
(a) to promote, stimulate, facilitate and undertake economic and social development in the Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah;
(b) to promote, stimulate, facilitate and undertake residential, agricultural, industrial and commercial development in the Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah; and
(c) to control and co-ordinate the performance of the aforesaid activities in the Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah.
(2) The Lembaga shall have power to do all things expedient or reasonably necessary for, or incidental to, the discharge of its functions, and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing —
(a) to carry on all activities, particularly commercial and industrial activities, the carrying on whereof appears to it to be requisite, advantageous or convenient for or in connection with the discharge of its said functions, including the manufacturing, assembling, processing, packing, grading and marketing of products, research and training;
(b) to initiate preliminary studies of possible development and redevelopment areas and make preliminary plans outlining development or redevelopment activities and preliminary surveys to determine if the undertaking and carrying out of development or redevelopment projects are feasible;
(c) to co-operate with or act as agent or managing agent of, or otherwise act in association with or on behalf of, the Government of the Federation or of the State, any public authority, any company, any corporation, any body or any person;
(d) to promote and co-ordinate the carrying on of such activities by the Government of the Federation or of the State, any public authority, any company, any corporation, or any other body or person;
(e) to establish or expand, or promote the establishment or expansion, of companies, corporations or other bodies to carry on any such activities either under the control or partial control of the Lembaga or independently;
(f) to give assistance to any public authority, company, corporation or other body or person appearing to the Lembaga to have facilities for the carrying on of any such activities, including financial assistance by the taking up of share or loan capital or by loan or otherwise;
(g) to purchase, underwrite or otherwise acquire any stock and shares in any public or private company, and to dispose of the same on such terms and conditions as the Lembaga may determine;
(h) to require departments and governmental and nongovernmental agencies engaged in carrying out or intending to carry out development in the Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah to submit reports regarding their activities or proposed activities containing such particulars and information as may be specified by the Lembaga;
(i) to appoint agents or establish such other bodies as it may think fit for the purpose of carrying out its functions;
(j) to impose fees or any other charges it deems fit for giving effect to any of its powers or functions;
(k) to receive, in consideration of the services rendered by it, such commission or payment as may be agreed upon;
(l) to regulate development in the Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah; and
(m) to do such other things as it thinks fit for the effective carrying out of its functions and powers.
(3) Subject to section 8, it shall be the responsibility of the Lembaga in discharging its functions under this Act to ensure that the functions shall be performed in such manner as shall be in furtherance of the policy of the Government for the time being in force and in particular the policy relating to the restructuring of society.
(4) Notwithstanding subsections (1), (2) and (3), the Lembaga shall, before discharging any of its functions, first consult the State Government in all matters involving development planning.
Malay text (authoritative)
Fungsi Lembaga
(1) Fungsi Lembaga adalah—
(a) memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah;
(b) memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah; dan
(c) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah.
(2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu—
(a) menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti komersial dan perindustrian, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau
berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya yang tersebut itu, termasuk mengilang, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan;
(b) mendayausahakan kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;
(c) bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama-sama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang;
(d) memajukan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;
(e) menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Lembaga atau secara bebas;
(f) memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang didapati oleh Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman, atau melalui pinjaman atau selainnya;
(g) membeli, menaja jamin atau dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga;
(h) menghendaki jabatan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam menjalankan atau bercadang untuk menjalankan pembangunan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah untuk mengemukakan laporan berkenaan dengan aktiviti atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang dinyatakan oleh Lembaga;
(i) melantik ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(j) mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;
(k) menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;
(l) mengawal selia pembangunan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah; dan
(m) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
(3) Tertakluk kepada seksyen 8, menjadi tanggungjawab Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan penyusunan semula masyarakat.
(4) Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Kerajaan Negeri mengenai semua perkara yang melibatkan perancangan pembangunan sebelum melaksanakan apa-apa fungsinya.