My bookmarksSign up free
← Limitation Act 1953

Limitation Act 1953 s 2

Limitation Act 1953 s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “action” includes a suit or any other proceeding in a court of law; “land” includes things attached to the earth or permanently fastened to anything attached to the earth, rent charges and any legal or equitable estate or interest in land including an interest in the proceeds of sale of land held upon trust for sale but save as aforesaid does not include any right of way, easement, servitude, profit over or in respect of land, or right in the nature of an easement, servitude or profit over or in respect of land, or any other incorporeal hereditament; “personal estate” and “personal property” do not include land or chattels real; “rent” includes a rent charge and a rent service; “rent charge” means any annuity or periodical sum of money charged upon or payable out of land except a rent service or interest on the mortgage or charge of land or a rent payable to the State in respect of the grant or lease or alienation of State land; “trust” and “trustee” have the same meanings respectively as in the Trustee Act 1949 [Act 208]; “Peninsular Malaysia” has the meaning assigned thereto in section 3 of the Interpretation Acts 1948 and 1967 [Act 388], and includes the Federal Territory. (2) For the purposes of this Act, a person shall be deemed to be under a disability while he is an infant or of unsound mind. (3) A person shall be deemed to claim through another person, if he became entitled by, through, under, or by the act of that other person to the right claimed: Provided that a person becoming entitled to any estate or interest by virtue of a special power of appointment shall not be deemed to claim through the appointor. (4) References in this Act to a right of action to recover land shall include references to a right to enter into possession of the land or in the case of rent charges any right to distrain for arrears of rent and references to the bringing of such an action shall include references to the making of such an entry or distraint. (5) References in this Act to the possession of land shall, in the case of rent charges, be construed as references to the receipt of the rent, and references to the date of dispossession or discontinuance of possession of land shall, in the case of rent charges, be construed as references to the date of the last receipt of rent. (6) In Part III of this Act references to a right of action shall include references to a cause of action and to a right to receive money secured by a mortgage or charge on any property or to recover proceeds of the sale of land, and to a right to receive a share or interest in the personal estate of a deceased person and references to the date of the accrual of a right of action shall— (a) in the case of an action for an account, be construed as references to the date on which the matter arose in respect of which an account is claimed; (b) in the case of an action upon a judgment, be construed as references to the date on which the judgment became enforceable; (c) in the case of an action to recover arrears of rent or interest, or damages in respect thereof, be construed as references to the date on which the rent or interest became due.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “amanah” dan “pemegang amanah” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]. “estet peribadi” dan “harta peribadi” tidak termasuk tanah atau catel real; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] dan termasuk Wilayah Persekutuan; “sewa” termasuklah tanggungan sewa dan perkhidmatan sewa; “tanah” termasuklah benda yang terlekat pada bumi atau yang terpasang dengan kekal pada sesuatu yang melekat pada bumi, tanggungan sewa dan apa-apa estet di sisi undang-undang atau ekuiti atau kepentingan mengenai tanah, termasuk sesuatu kepentingan mengenai hasil jualan tanah yang dipegang atas amanah untuk dijual tetapi kecuali sebagaimana tersebut dahulu tidak meliputi apa-apa hak lalu-lalang, isemen, servitud, keuntungan atas atau mengenai tanah, atau hak dari jenis isemen, servitud atau keuntungan atas atau mengenai tanah, atau apa-apa hereditament tidak zahir lain; “tanggungan sewa” ertinya apa-apa anuiti atau bayaran wang berkala yang dipertanggungkan ke atas atau yang kena dibayar bagi tanah kecuali perkhidmatan sewa atau bunga atas gadai janji atau gadaian tanah atau sewa yang kena dibayar kepada Kerajaan Negeri berkenaan dengan pemberian atau pajakan atau pemberi milikan tanah Kerajaan; “tindakan” termasuklah guaman atau apa-apa prosiding lain di mahkamah. (2) Bagi maksud Akta ini, seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berkeupayaan semasa dia seorang kanak-kanak atau tidak sempurna akal. (3) Seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai menuntut melalui seorang lain, jika dia berhak mendapat hak yang dituntut itu oleh, melalui, di bawah, atau dengan tindakan orang lain itu: Dengan syarat bahawa seseorang yang berhak mendapat apa-apa harta atau kepentingan menurut suatu kuasa khas perlantikan tidak boleh disifatkan sebagai menuntut melalui pelantik itu. (4) Dalam Akta ini sebutan mengenai hak tindakan untuk mendapat kembali tanah hendaklah termasuk sebutan mengenai hak untuk mengambil milik tanah itu atau dalam hal tanggungan sewa apa-apa hak untuk menahan harta bagi mendapatkan tunggakan sewa dan sebutan mengenai pembawaan apa-apa tindakan sedemikian hendaklah meliputi sebutan mengenai pengambilan milik atau penahanan itu. (5) Dalam Akta ini sebutan mengenai pemilikan tanah hendaklah, dalam hal tanggungan sewa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penerimaan sewa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penerimaan sewa, dan sebutan mengenai tarikh perlucutan pemilikan atau pemberhentian pemilikan tanah hendaklah, dalam hal tanggungan sewa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh penerimaan sewa yang terakhir; (6) Dalam Bahagian III Akta ini sebutan mengenai hak tindakan hendaklah termasuk sebutan mengenai kausa tindakan dan hak untuk menerima wang yang bercagarkan gadai janji atau gadaian atas mana-mana harta atau untuk mendapatkan hasil jualan tanah, dan hak untuk menerima sesuatu bahagian atau kepentingan dalam harta pusaka peribadi kepunyaan orang yang mati; dan sebutan mengenai tarikh terakrunya sesuatu hak tindakan hendaklah— (a) dalam hal tindakan untuk sesuatu akaun, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh berbangkitnya perkara yang berkenaan dengannya akaun itu dituntut; (b) dalam hal tindakan ke atas suatu penghakiman, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh penghakiman itu boleh dikuatkuasakan; (c) dalam hal tindakan untuk mendapat kembali tunggakan sewa atau bunga, atau ganti rugi berkenaan dengannya, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh sewa atau bunga itu kena dibayar.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 254 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next