My bookmarksSign up free
← Limitation Act 1953

Limitation Act 1953 s 28

Limitation Act 1953 s 28

s 28 Effect of acknowledgment or part payment on persons other than the maker or recipient

(1) For the purposes of this Act an acknowledgment of the title to any land, or mortgaged or charged property by any person in possession thereof shall bind all other persons in possession during the ensuing period of limitation. (2) A payment in respect of a debt secured by a mortgage or charge by the mortgagor or any person in possession of the mortgaged or charged land or personal property shall, so far as any right of the mortgagee or chargee to foreclose or otherwise to recover the property is concerned, bind all other persons in possession of the mortgaged property during the ensuing period of limitation. (3) Where there are two or more mortgagors of land or personal property and the title or right to redemption of one of the mortgagors is acknowledged as aforesaid, the acknowledgment shall be deemed to have been made to all the mortgagors. (4) An acknowledgment of any debt or other liquidated pecuniary claim shall bind the acknowledgor and his successors but not any other person: Provided that an acknowledgment made after the expiration of the period of limitation prescribed for the bringing of an action to recover the debt or other claim shall not bind any successor on whom the liability devolves on the determination of a preceding estate or interest in property under a settlement taking effect before the date of the acknowledgment. (5) A payment made in respect of any debt or other liquidated pecuniary claim shall bind all persons liable in respect thereof: Provided that a payment made after the expiration of the period of limitation prescribed for the bringing of an action to recover the debt or other claim shall not bind any person other than the person making the payment and his successors, and shall not bind any successor on whom the liability devolves on the determination of a preceding estate or interest in property under a settlement taking effect before the date of the payment. (6) An acknowledgment by one of several personal representatives of any claim to the personal estate of a deceased person, or to any share or interest therein, or a payment by one of several personal representatives in respect of any such claim shall bind the estate of the deceased person. (7) In this section the expression “successor” in relation to any mortgagee or person liable in respect of any debt or claim, means his personal representatives and any other person on whom the rights under the mortgage or, as the case may be, the liability in respect of the debt or claim devolve, whether on death or bankruptcy or the disposition of property or the determination of a limited estate or interest in settled property or otherwise.

Malay text (authoritative)

Kesan akuan atau pembayaran sebahagian ke atas orang lain daripada pembuat atau penerima

(1) Bagi maksud Akta ini suatu akuan mengenai hakmilik mana-mana tanah, atau harta yang digadai janji atau digadaikan oleh mana-mana orang yang memilikinya hendaklah mengikat semua orang lain yang memilikinya dalam tempoh had masa yang berikutan dengannya. (2) Suatu pembayaran berkenaan dengan hutang yang bercagarkan gadai janji atau gadaian oleh penggadai janji atau mana-mana orang yang memiliki tanah atau harta peribadi yang digadai janji atau digadaikan itu hendaklah, setakat yang berkaitan dengan apa-apa hak pemegang gadai janji atau pemegang gadaian itu untuk menghalang tebus atau selainnya untuk mendapat kembali harta itu, mengikat semua orang lain yang dalam milikannya harta yang digadai janji itu dalam tempoh had masa yang berikutan dengannya. (3) Jika terdapat dua orang atau lebih penggadai janji tanah atau harta peribadi dan hakmilik atau hak untuk menebus bagi seorang daripada penggadai janji itu diakui sebagaimana tersebut dahulu, akuan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat terhadap semua penggadai janji itu. (4) Suatu akuan apa-apa hutang atau tuntutan lain yang tertentu jumlahnya hendaklah mengikat orang yang membuat akuan itu dan penggantinya tetapi tidak mana-mana orang lain: Dengan syarat bahawa suatu akuan yang dibuat selepas tamatnya tempoh had masa yang ditetapkan bagi membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali hutang atau tuntutan lain tidaklah mengikat mana-mana pengganti yang kepadanya liabiliti itu diturunkan atas penentuan estet atau kepentingan yang terdahulu mengenai harta di bawah sesuatu penyelesaian yang berkuat kuasa sebelum tarikh akuan itu. (5) Pembayaran yang dibuat berkenaan dengan mana-mana hutang atau tuntutan wang lain yang tertentu jumlahnya hendaklah mengikat semua orang yang bertanggungan berkenaan dengannya: Dengan syarat bahawa suatu pembayaran yang dibuat selepas tamatnya tempoh had masa yang ditetapkan bagi membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali hutang atau tuntutan lain tidaklah mengikat mana-mana orang selain daripada orang yang membuat pembayaran itu dan penggantinya, dan tidak mengikat mana-mana pengganti yang kepadanya liabiliti itu diturunkan atas penentuan estet atau kepentingan yang terdahulu mengenai harta di bawah sesuatu penyelesaian yang berkuat kuasa sebelum tarikh pembayaran itu. (6) Suatu akuan oleh seorang daripada beberapa orang wakil diri mengenai apa-apa tuntutan terhadap harta pusaka peribadi orang yang mati, atau terhadap apa-apa bahagian atau kepentingan di dalamnya, atau suatu pembayaran oleh seorang daripada beberapa orang wakil diri berkenaan dengan mana-mana tuntutan itu adalah mengikat harta pusaka orang yang mati itu. (7) Dalam seksyen ini ungkapan “pengganti,” berhubungan dengan mana-mana penggadai janji atau orang yang bertanggungan berkenaan dengan apa-apa hutang atau tuntutan, bererti wakil dirinya dan mana-mana orang lain yang kepadanya hak di bawah gadai janji itu atau, mengikut mana yang berkenaan, liabiliti mengenai berkenaan dengan hutang atau tuntutan itu diturunkan , sama ada atas kematian atau kebankrapan atau pelupusan harta atau atas penentuan suatu estet atau kepentingan terhad di dalam harta yang diselesaikan atau sebaliknya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 254 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next