(1) Where—
(a) any premises are let at a rack rent or a rent not less than three-fourths of its annual value;
(b) rent is in arrears for not less than two months of the tenancy; and
(c) the tenant has abandoned possession of the premises and left thereon no sufficient property out of which arrears of rent may be recovered by distress,
a Judge may, on the application of the landlord, authorize the bailiff to enter on the premises, using such force as may be necessary to effect an entry into any building thereon, and take possession thereof; and the bailiff shall in such case enter on the premises and affix in a conspicuous place thereon a notice that possession thereof will be delivered to the landlord, unless within ten days a Judge, on the application of any person interested, otherwise orders.
(2) If no such application is made within ten days, the bailiff shall put the landlord in possession of the premises, and the lease or agreement of tenancy shall therefrom be deemed to be determined.
(3) If any such application is made, the Judge may make such order for possession of the premises, and on such terms as to payment of rent due or otherwise, as he deems fair as between the parties, and for that purpose may direct that any preliminary question be tried as an issue.
(4) An order made under this section may be discharged for sufficient reason and on such terms as the Judge deems fair, on application by any person interested, notwithstanding that the period thereby prescribed has expired.
(5) An order made under this section shall be deemed to be a warrant of distress for the purposes of section 72 and proviso (b) to subsection 93(1) of the Subordinate Courts Act 1948 [Act 92].
Malay text (authoritative)
Premis yang ditinggalkan
(1) Jika−
(a) mana-mana premis yang disewa bagi suatu sewa tulen atau suatu sewa tidak kurang daripada tiga-suku nilai tahunannya;
(b) sewa adalah dalam tunggakan bagi tidak kurang daripada dua bulan tenansi; dan
(c) penyewa telah meninggalkan milikan premis itu dan meninggalkan di atasnya harta yang tidak mencukupi yang daripadanya tunggakan sewa boleh didapati melalui distres,
seorang Hakim boleh, di atas permohonan tuan tanah, memberi kuasa kepada bailiff untuk memasuki premis, dengan menggunakan apa-apa paksaan sebagaimana yang perlu untuk mendapatkan kemasukan ke dalam mana-mana bangunan di atasnya, dan mengambil milikannya; dan bailiff hendaklah dalam keadaan tersebut masuk ke atas premis itu dan melekatkan di suatu tempat yang mudah dilihat di atasnya suatu notis bahawa milikannya akan diserahkan kepada tua tanah, melainkan dalam tempoh sepuluh hari seorang Hakim, di atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan, memerintah sebaliknya.
(2) Jika tiada permohonan sedemikian dibuat dalam tempoh sepuluh hari, bailiff hendaklah memberi milikan premis itu kepada tuan tanah, dan pajakan atau perjanjian tenansi itu hendaklah mulai daripada itu disifatkan sebagai tamat.
(3) Jika apa-apa permohonan sedemikian dibuat, Hakim boleh membuat apa-apa perintah bagi milikan premis itu, dan di atas apaapa syarat bagi pembayaran sewa yang kena dibayar atau selainnya, sebagaimana ia sifatkan adil di antara pihak-pihak itu, dan bagi maksud itu boleh mengarahkan bahawa apa-apa soalan permulaan dibicarakan sebagai suatu isu.
(4) Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan di atas sebab yang mencukupi dan di atas apa-apa syarat sebagaimana Hakim sifatkan adil, di atas permohonan oleh mana-mana orang yang berkepentingan, walaupun tempoh yang ditetapkan itu habis.
(5) Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu waran distress bagi maksud seksyen 72 dan proviso (b) kepada seksyen 93 (1) Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92].
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).