My bookmarksSign up free
← Debtors Act 1957

Debtors Act 1957 s 3

Debtors Act 1957 s 3

s 3 Execution in respect of judgment debts

(1) Subject to and in accordance with any rules of court any sum of money payable under the judgment of a court may be recovered in case of default or failure of payment thereof forthwith or at the time or times, or in the manner thereby directed by execution whether legal or equitable against the property movable or immovable of the party against whom the judgment was obtained: Provided that the following shall not be liable to attachment, seizure or sale in such execution, namely: (a) the wearing apparel, cooking vessels, beds or bedding of the judgment debtor, his wife and children, and the tools and implements of his trade to the value of two hundred ringgit in all, which to that extent shall be protected from execution; (b) the tools of artisans or, where the judgment debtor is an agriculturalist, his implements of husbandry and such cattle and seed-grain or produce as may in the opinion of the court be necessary to enable him to earn his livelihood as such; (c) houses and other buildings (with the materials and the sites thereof and the land immediately appurtenant thereto and necessary for their enjoyment) belonging to an agriculturalist and occupied by him; (d) books of account; (e) any pension, gratuity or allowance granted by the Government of Malaysia or the Government of any State or by such other public body as the Yang di-Pertuan Agong may by notification in the Gazette designate; (f) wages or salary of the judgment debtor: Provided that where such wages or salary exceed two hundred ringgit a month the court may authorize execution to be levied in such manner as may be prescribed by rules of court in respect of such excess or part thereof as the court may think just; (g) where the judgment debtor is a person liable for the payment of land revenue, any movable property which under any law applicable to him is exempt from sale for the recovery of an arrear of such revenue; and (h) any share of a judgment debtor in a partnership as to which the judgment debtor is entitled to proceed to obtain a charge under any written law relating to partnerships. (2) Nothing in this section shall be deemed to exempt houses or other buildings or the materials or sites thereof or the land immediately appurtenant thereto or necessary for their enjoyment from attachment or sale in execution of judgments for the payment of rent of any such house, building, site or land.

Malay text (authoritative)

Pelaksanaan berkenaan dengan hutang penghakiman

(1) Tertakluk kepada dan mengikut mana-mana kaedah mahkamah apa-apa jumlah wang yang kena dibayar menurut penghakiman sesuatu mahkamah boleh didapatkan semula jika berlaku keingkaran atau kegagalan pembayarannya dengan serta-merta atau pada masa atau masa-masa, atau mengikut cara yang diarahkan sedemikian oleh pelaksanaan sama ada menurut Penghutang undang-undang atau ekuiti terhadap harta alih atau tak alih sesuatu pihak yang terhadapnya penghakiman itu diperoleh: Dengan syarat bahawa yang berikut tidak boleh dikenakan penahanan, penyitaan, atau jualan dalam pelaksanaan itu, iaitu: (a) pakaian, perkakas memasak, katil atau alatan tempat tidur penghutang penghakiman, isteri dan anak-anaknya, dan alat dan perkakas trednya yang bernilai hingga dua ratus ringgit kesemuanya, yang setakat itu adalah dilindungi daripada pelaksanaan; (b) alat-alat pertukangan atau jika penghutangan penghakiman itu ialah seorang petani, perkakas pertaniannya dan mana-mana kerbau lembu dan biji benih atau hasil yang pada pendapat mahkamah adalah perlu bagi membolehkannya mencari nafkah sebagai seorang tukang atau petani; (c) rumah atau bangunan lain (dengan bahan dan tapaknya dan tanah yang bersangkutan dengannya secara langsung dan perlu bagi penikmatan mereka) yang dipunyai oleh seorang petani dan diduduki olehnya; (d) buku akaun; (e) apa-apa pencen, ganjaran atau elaun yang diberi oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau oleh mana-mana badan awam lain yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta; (f) upah atau gaji penghutang penghakiman itu: Dengan syarat bahawa jika upah atau gaji itu melebihi dua ratus ringgit sebulan, mahkamah boleh memberi kebenaran pelaksanaan untuk dilevi mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah berkenaan dengan lebihan itu atau sebahagian daripadanya sebagaimana yang difikirkan adil oleh mahkamah. (g) jika penghutang penghakiman itu adalah seorang yang bertanggungan untuk membayar hasil tanah, apa-apa harta alih yang di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai terhadapnya dikecualikan daripada jualan bagi mendapatkan kembali tunggakan hasil tersebut; dan (h) apa-apa syer seseorang penghutang penghakiman dalam sesuatu perkongsian yang terhadapnya penghutang penghakiman itu berhak untuk mengambil tindakan bagi mendapat suatu gadaian di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pekongsian. (2) Tiada apa pun dalam seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai mengecualikan rumah atau bangunan lain atau bahan atau tapaknya atau tanah yang bersangkutan dengannya secara langsung atau yang perlu bagi penikmatan mereka daripada ditahan atau dijual pada melaksanakan penghakiman bagi pembayaran sewa mana-mana rumah, bangunan, tapak atau tanah tersebut.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 256 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next