s 4 Judgment debtor summons
(1) Where the judgment of a court is for the recovery or payment of money whether by instalments or otherwise the party entitled to enforce it (hereinafter called the judgment creditor) may, subject to and in accordance with any rules of court, summon the judgment debtor, or if the judgment debtor is a corporation an officer of that corporation, to be orally examined before the court respecting the judgment debtor’s ability to pay or satisfy the judgment debt, and for the discovery of property applicable to such payment and to the disposal that the judgment debtor has made of such property.
(2) The judgment debtor, or, where the judgment debtor is a corporation, the officer thereof who has been summoned, shall, when called upon, produce all books, papers or documents in his possession or power relating to such property.
(3) The judgment creditor may subpoena as a witness any person whom he considers likely to be able to supply information respecting the judgment debtor’s ability to pay the judgment debt or respecting his property.
(4) Whether the judgment debtor, or, where the judgment debtor is a corporation, the officer thereof, appears or not the judgment creditor and other witnesses may be examined on oath respecting the matters aforesaid.
(5) If the judgment debtor, or, where the judgment debtor is a corporation, the officer thereof having been duly served does not appear, the court may—
(a) order him to be arrested and brought before the court to be examined; or
(b) make an order against the judgment debtor ex-parte.
(6) Upon such examination or non-appearance as aforesaid the court may order the judgment debtor to pay the judgment debt either—
(a) in one sum whether forthwith or within such period as the court may fix; or
(b) by such instalments payable at such times as the court may fix.
(7) If the judgment debtor makes default in payment according to any such order, a notice in the form prescribed by rules of court may be issued, on the request of the judgment creditor, calling upon the judgment debtor to attend before the court at a time therein stated and show cause why he should not be committed to prison for such default.
(8) Any such notice shall be personally served upon the judgment debtor; and if, on the day so named, or on any subsequent day to which the matter may be adjourned, no sufficient cause is shown by the judgment debtor, the court may commit him to the civil prison for a term which may extend to six weeks or until earlier payment of any instalment or instalments or other sum due.
(9) A debtor shall not be committed to prison under this section unless it appears that, since the date of the order directing payment, whether forthwith, or within a specified period or by instalments, he has had sufficient means to comply with the order.
Malay text (authoritative)
Saman penghutang penghakiman
(1) Jika penghakiman mahkamah adalah bagi mendapatkan kembali atau pembayaran wang sama ada secara ansuran atau sebaliknya pihak yang berhak menguatkuasakannya (kemudian daripada ini disebut pemiutang penghakiman) boleh, tertakluk kepada dan mengikut apa-apa kaedah mahkamah, memanggil penghutang penghakiman, atau sekiranya penghutang penghakiman itu adalah suatu perbadanan seorang pegawai perbadanan itu, untuk diperiksa secara lisan di hadapan mahkamah berkenaan dengan keupayaan penghutang penghakiman membayar atau menyelesaikan hutang
Penghutang
penghakiman dan bagi mendapatkan harta yang boleh digunakan bagi pembayaran tersebut dan bagi pelupusan harta itu yang telah dibuat oleh penghutang penghakiman tersebut.
(2) Penghutang penghakiman, atau, jika penghutang penghakiman itu ialah suatu perbadanan, pegawainya yang telah dipanggil, hendaklah, apabila diminta, mengemukakan segala buku, suratan atau dokumen dalam miliknya atau kuasanya berhubungan dengan harta tersebut.
(3) Pemiutang penghakiman, boleh mensepina sebagai seorang saksi mana-mana orang yang dia berpendapat mungkin boleh memberi maklumat berkenaan dengan keupayaan penghutang penghakiman membayar hutang penghakiman atau berkenaan dengan hartanya.
(4) Sama ada penghutang penghakiman, atau, jika penghutang penghakiman itu ialah suatu perbadanan, pegawainya hadir atau tidak pemiutang penghakiman dan saksi-saksi lain bolehlah diperiksa dengan bersumpah berkenaan dengan perkara yang tersebut dahulu.
(5) Jika penghutang penghakiman, atau jika penghutang penghakiman itu ialah suatu perbadanan, pegawainya yang telah diberitahu dengan sempurnanya tidak hadir, mahkamah boleh─
(a) memerintahkan supaya dia ditangkap dan dibawa ke hadapan mahkamah untuk diperiksa; atau
(b) membuat suatu perintah ex parte terhadap penghutang penghakiman itu.
(6) Selepas pemeriksaan atau ketidakhadiran itu seperti yang tersebut dahulu mahkamah boleh memerintahkan penghutang penghakiman itu membayar hutang penghakiman itu sama ada ─
(a) sekaligus dengan serta-merta atau dalam suatu tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah; atau
(b) dengan apa-apa ansuran yang kena dibayar pada sesuatu masa yang ditetapkan oleh mahkamah.
(7) Jika penghutang penghakiman ingkar membayar mengikut perintah sedemikian, suatu notis di dalam borang yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah bolehlah dikeluarkan atas permintaan pemiutang penghakiman, yang meminta penghutang penghakiman itu hadir di hadapan mahkamah pada masa yang ditetapkan di dalamnya dan menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dipenjarakan kerana keingkaran tersebut.
(8) Mana-mana notis sedemikian hendaklah disampaikan sendiri kepada penghutang penghakiman; dan jika, pada hari yang tersebut itu atau pada mana-mana hari yang berikut yang mana perkara itu mungkin ditangguhkan, tiada apa jua sebab yang mencukupi diberi oleh penghutang penghakiman itu, mahkamah boleh mengkomitkannya ke penjara sivil selama suatu tempoh yang boleh sampai enam minggu atau sehingga terlebih dahulu dibayar apa-apa ansuran atau ansuran-ansuran atau jumlah wang lain yang kena dibayar.
(9) Seseorang penghutang tidak boleh dipenjarakan di bawah seksyen ini melainkan jika didapati bahawa, semenjak tarikh perintah mengarahkan pembayaran, sama ada dengan serta merta atau dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan atau secara ansuran, dia mempunyai pendapatan yang cukup bagi mematuhi perintah itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).