My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 10

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 10

s 10 Alteration, addition, revision or replacement of structure plan

(1) At any time after a structure plan for the Federal Territory comes into effect, the Commissioner may submit to the Minister and shall, if so directed by the Minister, submit to him within a period specified in the direction, proposals for such alteration, addition, revision or replacement in whole or in part to the plan as appear to the Commissioner to be expedient or as the Minister may direct, as the case may be. (2) For the purpose of making proposals to carry out any alteration, addition, revision or replacement in whole or in part to the structure plan, the Commissioner may at his own instance and shall, if so directed by the Minister, institute such survey as may be necessary to examine the matters that may be expected to affect the development or the proper planning of the development of the Federal Territory. (3) Without prejudice to the generality of subsections (1) and (2) the matters to be examined may include— (a) the principal physical, economic, environmental and social characteristics including the principal land uses of the Federal Territory, and so far as they may be expected to affect the Federal Territory and those of the neighbouring areas; (b) the size, composition, and distribution of the population of the Federal Territory whether resident or not; (c) without prejudice to paragraph (a), the communication, transport system, and traffic of the Federal Territory, and so far as they may be expected to affect the Federal Territory, those of the neighbouring areas; (d) any matters not mentioned in any of the preceding paragraphs that may be expected to affect any matters so mentioned; (e) such other matters as may be prescribed or as the Minister may in any particular case specify; and (f) any changes already projected in any of the matters mentioned in any of the preceding paragraphs and the effect that those changes are likely to have on the development, or the planning of the development of the Federal Territory. (4) In formulating his policy and general proposals for the alteration, addition, revision or replacement in whole or in part of the structure plan, the Commissioner shall have regard to current policies in respect of the social and economic planning and development, the environmental protection of the nation and region and such other matters as the Minister may direct him to take into account.

Malay text (authoritative)

Perubahan, penambahan, penyemakan atau penggantian pelan struktur

(1) Pada bila-bila masa selepas suatu pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan mula berkuat kuasa, Datuk Bandar boleh mengemukakan kepada Menteri dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, mengemukakan kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan dalam arahan itu, cadangan bagi perubahan, penambahan, penyemakan atau penggantian bagi keseluruhan atau sebahagian daripada pelan itu sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Datuk Bandar atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Bagi maksud membuat cadangan untuk menjalankan apa-apa perubahan, penambahan, penyemakan atau penggantian bagi keseluruhan atau sebahagian daripada pelan struktur, Datuk Bandar boleh mengikut kehendaknya sendiri dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, memulakan suatu kajian sebagaimana yang perlu untuk memeriksa perkara yang dijangka mungkin menjejaskan pembangunan atau perancangan yang sesuai bagi pembangunan Wilayah Persekutuan. (3) Tanpa menyentuh keluasan am subseksyen (1) dan (2) perkara yang hendak dikaji adalah termasuk― (a) ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran, dan sosial yang termasuk kegunaan utama tanah Wilayah Persekutuan, dan setakat mana ciri-ciri utama itu dijangka akan memberi kesan kepada Wilayah Persekutuan dan kawasan yang berhampiran; (b) saiz, komposisi dan taburan penduduk Wilayah Persekutuan sama ada menetap atau tidak; (c) tanpa menyentuh perenggan (a), perhubungan, sistem pengangkutan, dan lalu lintas Wilayah Persekutuan, dan setakat mana ia dijangka akan memberi kesan kepada Wilayah Persekutuan dan kawasan yang berhampiran; (d) apa-apa perkara yang tidak disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu yang dijangka akan memberi kesan kepada apa-apa perkara yang disebut; (e) perkara lain yang ditetapkan atau dalam sesuatu kes tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan (f) apa-apa pertukaran yang telahpun diunjurkan dalam sesuatu perkara yang disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu dan kesan yang mungkin timbul disebabkan oleh pertukaran itu ke atas pembangunan, atau perancangan pembangunan Wilayah Persekutuan. (4) Pada membuat dasar dan cadangan amnya untuk perubahan, penambahan, penyemakan atau penggantian bagi keseluruhan atau sebahagian daripada pelan struktur, Datuk Bandar hendaklah memberi perhatian kepada dasar semasa berkenaan dengan perancangan dan pembangunan sosial dan ekonomi, perlindungan alam sekitar negara dan wilayah dan perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri supaya diambil kira.

Read this section in the full act →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next