Federal Territory (Planning) Act 1982 s 29
s 29 Penalty for non-compliance with enforcement notice served pursuant to section 27
(1) Without prejudice to subsection (4), if within the period specified in the enforcement notice served pursuant to section 27 or, as the case may be, within such period as may be specified by the Commissioner after the withdrawal or refusal of the application for planning permission made in connection therewith, the enforcement notice or so much of it as continues to have effect is not complied with the Commissioner or any authorized officer may enter with or without workmen upon the land and take such steps as may be necessary to execute the enforcement notice including the demolition or alteration of any building or works or the removal of any goods, vehicles or things from any building or land.
(2) The Commissioner may request the officer in charge of the police district in which action is to be taken to provide police officers to render assistance to any authorized officer in taking any action by virtue of subsection (1) and it shall be the duty of the officer in charge of the police district to comply with the request of the police officers provided in compliance therewith to render such assistance.
(3) Where the Commissioner exercises the power under subsection
(1), he may recover any expenses and costs incurred by him from the
owner of the land in the same manner as an action to recover rates under any written law relating to local government.
(4) Any person who fails to comply with any requirement of the enforcement notice served pursuant to section 27 within such period as may be specified therein or, as the case may be, within such period as may be specified by the Commissioner after the withdrawal or refusal of the application for planning permission made in connection therewith is guilty of an offence and on conviction is liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit and in the case of a continuing offence to a further fine which may extend to five hundred ringgit for every day during which the offence continues after conviction for the first commission of the offence.
Malay text (authoritative)
Penalti kerana tidak mematuhi notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen 27
(1) Tanpa menyentuh subseksyen (4), jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen 27 atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apaapa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Bandar selepas penarikan balik atau penolakan permohonan untuk kebenaran perancangan yang dibuat berkenaan dengannya, notis penguatkuasaan atau setakat mana ia terus berkuat kuasa tidak dipatuhi, Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh memasuki dengan atau tanpa pekerja tanah itu dan mengambil langkah yang perlu untuk
melaksanakan notis penguatkuasaan termasuk perobohan atau perubahan mana-mana bangunan atau kerja atau memindahkan apaapa barang, kenderaan atau benda daripada mana-mana bangunan atau tanah.
(2) Datuk Bandar boleh meminta pegawai penjaga polis daerah di mana tindakan hendak diambil supaya mengadakan pegawai polis untuk memberi bantuan kepada pegawai yang diberi kuasa mengambil apa-apa tindakan menurut kuasa subseksyen (1) dan adalah menjadi tanggungjawab pegawai penjaga polis daerah untuk mematuhi permintaan supaya mengadakan pegawai polis untuk memberi bantuan tersebut.
(3) Jika Datuk Bandar menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1), dia boleh mendapat semula perbelanjaan dan kos yang ditanggung olehnya daripada pemunya tanah mengikut cara yang sama seperti suatu tindakan untuk mendapatkan semula kadar di bawah manamana undang-undang bertulis berhubung dengan kerajaan tempatan.
(4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen 27 dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalamnya atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Datuk Bandar selepas penarikan balik atau penolakan permohonan kebenaran perancangan yang dibuat berkenaan dengannya melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, denda tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kerana melakukan kesalahan pertama itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part IV β
Find Act 267 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).