Federal Territory (Planning) Act 1982 s 55
s 55 Documentary proof
(1) Every document referred to in section 54 and duly authenticated and certified in the manner thereto described and every document in the form of receipt, application, record or register issued, made or maintained under, by virtue of or for the purposes of this Act shall if duly certified by the Commissioner or an authorized officer in this behalf be admissible as proof of the contents of such document.
(2) A copy of any document referred to in subsection (1) or any extract therefrom, if duly certified by the Commissioner or any authorized officer in this behalf, shall be admitted as evidence of the matter and transaction therein expressed in any case where and to the same extent as the original of such document would if produced have been admissible to prove such matters and transactions.
(3) Notwithstanding the provisions of any written law, in any proceedings under this Act, a certificate for the purpose of establishing the registered proprietor of any land which purports to be signed by the Registrar of Titles or the Collector of Land Revenue as the case may be shall, unless the contrary is proved, be evidence of any fact stated therein.
Malay text (authoritative)
Bukti dokumen
(1) Tiap-tiap dokumen yang disebut dalam seksyen 54 dan disahkan dan diperakui sewajarnya mengikut cara yang diperihalkan dan tiap-tiap dokumen dalam bentuk resit, permohonan, rekod atau daftar yang dikeluarkan, dibuat atau disenggara di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud Akta ini hendaklah jika diperakui sewajarnya oleh Datuk Bandar atau seseorang pegawai yang diberi kuasa yang bagi maksud ini dibenarkan sebagai bukti mengenai kandungan dokumen itu.
(2) Sesuatu salinan mana-mana dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) atau sesuatu cabutan daripadanya, jika diperakui dengan sempurna oleh Datuk Bandar atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud ini, boleh diterima sebagai keterangan mengenai perkara dan urusan yang dinyatakan di dalamnya dalam hal di mana dan setakat yang sama seperti salinan asal dokumen itu boleh diterima jika dikemukakan bagi membuktikan perkara dan urusan itu.
(3) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, suatu perakuan bagi maksud menentukan tuan punya berdaftar bagi mana-mana tanah, yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, bolehlah melainkan jika dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya.
Read this section in the full act β Β· Open Part X β
Find Act 267 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).