s 70
(1) Tiap-tiap pegawai atau pengkhidmat, yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, telab diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat pertubuhan perbadanan hendaklah, apabila mula berkuat. kuasanya Akta ini, disifatkan ditukarkan darı perkhıamatan pertubuhan perbadanan kepada perkhidmatan Lembaga, mengikut terma dan syarat perknıdmatan, perkuisıt dan emolumen tidak kurang baiknya daripada yang dinikmatinya sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini. (2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menjejaskan hak Lembaga untuk menamatkan pekerjaan mana-mana pegawal atau pengkhidmat yang ditukarkan ke perkhıdmatan Lembaga, atau untuk mengubah kadar bayaran atau syarat-syarat perkhidmatannya, mengikut cara dan setakat mana yang pertubuhan perbadanan dapat lakukan sekıranya dia terus berkhidmat dengan pertubuhan perbadanan itu.