My bookmarksSign up free
← Food Act 1983

Food Act 1983 s 4

Food Act 1983 s 4

s 4 Powers of authorized officer

(1) An authorized officer may at any time for the proper and better performance of his duty— (a) enter any premises which he believes to be food premises and examine any food found therein and take samples of such food, and examine anything that he believes is used or capable of being used for the preparation, preservation, packaging, storage, conveyance, distribution or sale of the food; (b) stop, search or detain any aircraft, ship or vehicle in which he believes on reasonable grounds that any food to which this Act applies is being conveyed and examine any such food and take samples thereof for the purposes of this Act, except an aircraft, ship or vehicle making an international voyage in respect of which the International Health Regulations apply; (c) open and examine any package which he believes contains any food to which this Act applies; (d) examine any books, documents or other records found in any food premises that he believes contain any information relevant to the enforcement of this Act with respect to any food to which this Act applies and make copies thereof or take extracts there from; (e) demand the production of the National Registration Identity Card, the Business Registration Certificate or any other relevant document which the authorized officer may require; (f) seize and detain for such time as may be necessary any food or appliance by means of or in relation to which he believes any provision of this Act has been contravened; or (g) mark, seal or otherwise secure, weigh, count or measure any food or appliance, the preparation, preservation, packaging, storage, conveyance, distribution or sale of which is or appears to be contrary to this Act. (1A) In the course of the exercise of his powers under subsection (1) an authorized officer may examine orally the owner, occupier or person in charge of the food premises, or any person found in the food premises, whom he believes to be acquainted with the facts and circumstances of any matter under this Act. (1B ) A person examined under subsection (1A) shall be legally bound to answer truthfully all questions put to him: Provided that a person examined under this subsection may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture. (1 C ) An authorized officer examining a person under subsection (1A) shall first inform that person of the provisions of subsection (1B ). (1D) A statement made by a person under subsections (1A) and(1B) shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumb print, as the case may be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any correction he may wish. (1E ) Any statement made and recorded under this section shall be admissible as evidence in any proceedings in Court. (2) An authorized officer acting under this section shall, if so required, produce his Certificate of Authorization. (3) Any owner, occupier or person in charge of any food premises entered by any authorized officer pursuant to paragraph (1)(a), or any person found therein, who does not give to the authorized officer all reasonable assistance in his power or furnish him with all the information as he may reasonably require, commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding one year or to fine or to both. (4) Any person who obstructs or impedes any authorized officer in the course of his duty or prevents or attempts to prevent the execution by the authorized officer of his duty commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding one year or to fine or to both. (5) An authorized officer may arrest without warrant any person whom he has reason to believe to have committed an offence under this Act or any regulation made thereunder if the person fails to furnish his name and address or there are reasonable grounds for believing that he has furnished a false name or address or that he is likely to abscond: Provided that when any person has been arrested as aforesaid he shall thereafter be dealt with as provided by the Criminal Procedure Code [Act 593]. (6) Any person who knowingly makes any false or misleading statement either verbally or in writing to any authorized officer engaged in carrying out his duty commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding one year or to fine or to both. (7) An authorized officer shall release any food seized by him when he is satisfied that all the provisions of the Act with respect to it have been complied. (8) Where an authorized officer has seized any food and the owner or the person in whose possession the food was at the time of seizure consents in writing to its destruction, the food may be destroyed or otherwise disposed of as the authorized officer may direct and if the owner or the person does not consent to the destruction of the food, the authorized officer may apply to a court for the destruction or disposal of the food or any appliance and the court may make an order as it may deem fit, notwithstanding that the owner or the person has not been convicted of any offence in connection with the food. (9) Where an authorized officer has seized any food which is perishable in nature and the owner or the person in whose possession the food was at the time of seizure does not consent in writing to its destruction, the responsibility for proper storage of such food so as to prevent it from deterioration, spoilage, damage or theft, pending judgment by the court, lies with the owner or such person. (10) Where any food or appliance has been seized and detained under paragraph (1)(f) and the owner thereof has been convicted of an offence the food or appliance may be destroyed or otherwise disposed of as the court may direct. (11) Notwithstanding any other provisions of this section an authorized officer may destroy any food wherever found which is decayed, putrefied or injurious to health or food the importation of which is prohibited or food which is surrendered by the owner for destruction on payment by him of reasonable charges. (12) Any person who removes, alters or interferes in any way with any food seized or sealed under this Act without the authority of an authorized officer commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding one year or to fine or to both. (13) Any food seized may at the option of an authorized officer be kept or stored in the premises where it was seized or may at the direction of an authorized officer be removed to any other proper place. (14) An authorized officer may submit any food seized by him or any sample from it or any other sample taken by him to any approved laboratory for analysis or examination. (15) (Deleted by Act A1117).

Malay text (authoritative)

Kuasa pegawai diberi kuasa

(1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa bagi melaksananakan dengan wajar dan lebih baik kewajipannya— (a) memasuki mana-mana premis yang dipercayainya menjadi premis makanan dan memeriksa apa-apa makanan yang didapati di dalamnya dan mengambil sampel makanan itu, dan memeriksa apa-apa jua yang dipercayainya digunakan atau dapat digunakan bagi penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan; (b) meminta berhenti, menggeledah atau menahan mana-mana pesawat udara, kapal atau kenderaan yang di dalamnya dia mempercayai ada sebab-sebab yang munasabah bahawa mana-mana makanan yang Akta ini terpakai baginya sedang dikirimkan dan memeriksa mana-mana makanan itu dan mengambil sampelnya bagi maksud Akta ini, kecuali pesawat udara, kapal atau kenderaan yang membuat pelayaran antarabangsa yang berkenaan dengannya Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa terpakai; (c) membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan yang dia mempercayai mengandungi apa-apa makanan yang Akta ini terpakai baginya; (d) memeriksa apa-apa buku, dokumen atau rekod lain yang didapati dalam mana-mana premis makanan yang dia mempercayai mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan dengan penguatkuasan Akta ini berkenaan dengan apa-apa makanan yang Akta ini terpakai baginya dan membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya; (e) meminta dikemukakan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara, Sijil Pendaftaran Perniagaan atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa itu; (f) menyita dan menahan untuk seberapa lama yang perlu apa-apa makanan atau perkakas yang kerananya atau berhubung dengannya dia mempercayai mana-mana peruntukan Akta ini telah dilanggar; atau (g) menanda, melak atau selainnya mendapatkan, menimbang, mengira atau menyukat apa-apa makanan atau perkakas yang penyediaan, penyimpanan, pengawetan, pembungkusan, pengiriman, pengedaran atau penjualannya adalah berlawanan atau didapati berlawanan dengan Akta ini. (1A) Dalam penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (1) seseorang pegawai diberi kuasa boleh memeriksa secara lisan pemunya, penduduk atau orang yang menjaga premis makanan, atau mana-mana orang yang dijumpai dalam premis makanan, yang dipercayainya mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan apa-apa perkara di bawah Akta ini. (1B) Seseorang yang diperiksa di bawah subseksyen (1A) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab dengan benar segala soalan yang diajukan kepadanya: Dengan syarat bahawa seseorang yang diperiksa di bawah subseksyen ini boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau pelucuthakan. (1C) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1A) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (1B). (1D) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah subseksyen (1A) dan (1B) hendaklah, bila mana mungkin, ditukar ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa orang itu membuat pernyataan itu dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia kehendaki. (1E) Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah. (2) Seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah seksyen ini hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, mengemukakan Perakuan Kuasanya. (3) Mana-mana pemunya, penduduk atau orang yang menjaga mana-mana premis makanan yang dimasuki oleh seseorang pegawai diberi kuasa menurut perenggan (1)(a), atau mana-mana orang yang dijumpai di dalamnya, yang tidak memberi kepada pegawai diberi kuasa itu segala bantuan munasabah yang boleh diberinya atau memberi kepadanya segala maklumat yang dikehendaki dengan munasabahnya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. (4) Mana-mana orang yang menghalang atau merintangi mana-mana pegawai diberi kuasa semasa dia menjalankan kewajipannya atau menahan atau cuba menahan pegawai diberi kuasa itu daripada melaksanakan kewajipannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. (5) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia ada sebab mempercayai telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya jika orang itu tidak memberi nama dan alamatnya atau ada alasan munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah memberi nama atau alamat palsu atau bahawa mungkin dia akan melarikan diri: Dengan syarat bahawa apabila seseorang itu telah ditangkap seperti tersebut di atas tadi dia hendaklah selepas itu dibicarakan sebagaimana diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. (6) Mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan sama ada secara lisan atau secara bertulis kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang ditugas menjalankan kewajipannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. (7) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah melepaskan apa-apa makanan yang disita olehnya apabila dia berpuas hati bahawa segala peruntukan Akta ini berkenaan dengannya itu telah dipatuhi. (8) Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah menyita apa-apa makanan dan pemunya atau orang yang memiliki makanan itu pada masa penyitaan itu mempersetujui secara bertulis tentang pemusnahannya maka makanan itu boleh dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana diarahkan oleh pegawai diberi kuasa itu dan jika pemunya atau orang itu tidak mempersetujui tentang pemusnahan makanan itu maka pegawai diberi kuasa itu boleh memohon kepada mahkamah untuk memusnahkan atau melupuskan makanan itu atau apa-apa perkakas dan mahkamah boleh membuat suatu perintah sebagaimana yang difikirkannya patut walau pun pemunya atau orang itu tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan berkaitan dengan makanan itu. (9) Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah menyita apa-apa makanan yang tidak tahan lama dan pemunya atau orang yang memiliki makanan itu pada masa penyitaan itu tidak mempersetujui secara bertulis tentang pemusnahannya maka tanggungjawab untuk penyimpanan dengan wajar makanan itu supaya terhindar daripada kemerosotan, kerosakan atau kecurian, sementara menunggu keputusan mahkamah, terletak pada pemunya atau orang itu. (10) Jika mana-mana makanan atau perkakas telah disita dan ditahan di bawah perenggan (1)(f) dan pemunyanya telah disabitkan atas sesuatu kesalahan maka makanan atau perkakas itu boleh dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah. (11) Walau apa pun peruntukan lain dalam seksyen ini seorang pegawai diberi kuasa boleh memusnahkan apa-apa makanan di mana jua terdapat yang busuk, berbau atau membahayakan kesihatan atau makanan yang pengimportannya dilarang atau makanan yang diserahkan oleh pemunya untuk dimusnahkan apabila dibayar bayaran yang berpatutan. (12) Mana-mana orang yang mengalih, mengubah atau menganggu dengan apa jua cara apa-apa makanan yang disita atau dilak di bawah Akta ini tanpa kuasa seseorang pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. (13) Apa-apa makanan yang disita boleh atas opsyen seorang pegawai diberi kuasa disimpan atau distor dalam premis di mana makanan itu disita atau boleh atas arahan seorang pegawai diberi kuasa dialihkan ke mana-mana tempat lain yang patut. (14) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menghantar mana-mana makanan yang disita olehnya atau apa-apa sampel daripadanya atau apa-apa sampel lain yang diambil olehnya ke mana-mana makmal diluluskan untuk dianalisis atau diperiksa. (15) (Dipotong oleh Akta A1117).

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 281 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next