My bookmarksSign up free
← Food Act 1983

Food Act 1983 s 5

Food Act 1983 s 5

s 5 Power to take sample

(1) On payment or tender to any person selling food or to his agent or servant, of the current market value of the food, any authorized officer may at any place demand and select and take or obtain samples of the food for the purpose of analysis. (2) An authorized officer may at any place demand and select and take or obtain samples for the purpose of analysis without payment from any manufacturer making food for sale or from any importer of any food or from his agent or servant. (3) Any such authorized officer may require the person or his agent or servant to show and permit the inspection of the package in which such food is at the time kept and to take therefrom the samples demanded. (4) Where any food is kept for retail sale in an unopened package, no person shall be required by any authorized officer to sell less than the whole of the contents of such package. (5) Any person who refuses or neglects to comply with any demand or requisition made by an authorized officer in pursuance of this section commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding one year or to fine or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa mengambil sampel

(1) Apabila dibayar atau diberi kepada mana-mana orang yang menjual makanan atau kepada ejen atau pekhidmatnya akan nilai pasaran semasa bagi makanan itu, mana-mana pegawai diberi kuasa boleh di mana-mana tempat meminta dan memilih serta mengambil atau mendapatkan sampel makanan itu bagi maksud analisis. (2) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh di mana-mana tempat meminta dan memilih serta mengambil atau mendapatkan sampel bagi maksud analisis tanpa bayaran daripada mana-mana pengilang yang membuat makanan untuk jualan atau daripada mana-mana pengimport apa-apa makanan atau daripada ejen atau pekhidmatnya. (3) Mana-mana pegawai diberi kuasa itu boleh menghendaki orang itu atau ejen atau pekhidmatnya supaya menunjukkan dan membenarkan pemeriksaan akan bungkusan dalam mana makanan itu disimpan pada masa itu dan mengambil daripadanya sampel yang diminta itu. (4) Jika apa-apa makanan disimpan untuk jualan secara runcit dalam suatu bungkusan tidak berbuka, tiada seorang pun boleh dikehendaki oleh mana-mana pegawai diberi kuasa supaya menjual kurang daripada kesemua kandungan bungkusan itu. (5) Mana-mana orang yang enggan atau cuai mematuhi apa-apa permintaan atau kehendak yang dibuat oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 281 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next