My bookmarksSign up free
← Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983

Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 s 28

Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 s 28

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 28 Rules

(1) The Minister may make rules for the further, better and more convenient carrying out of the provisions or purposes of this Act and in particular, but without derogating from the generality of the foregoing, with respect to any or all of the following matters: (a) to prescribe anything which is required to be prescribed under this Act; (b) to provide forms for use in connection with any matter under this Act; (c) to regulate the establishment, management and control of Rehabilitation Centres, and private rehabilitation centres, including provision for the powers, duties and functions of persons in charge of such centres or employed at such Rehabilitation Centres or private rehabilitation centres; (d) to provide for the discipline, education, vocational training and employment of persons undergoing treatment and Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) rehabilitation at such Rehabilitation Centres or private rehabilitation centres; (e) to provide for procedures relating to the tests to be carried out under this Act; (f) to provide for procedure relating to the treatment, rehabilitation and supervision of persons under this Act; (g) to provide for the composition, duties, functions and procedures of the Board of Visitors; (h) to provide for the form, and the provisions to be included in any bail bond executed under this Act; (i) to provide for the form, provisions, and the terms and conditions of any other bond required to be executed under this Act. (2) The Minister may in such rules or by separate rules made under this Act provide that any contravention of the provisions of any rule shall be an offence and may provide for such offence to be punished with a fine not exceeding five hundred ringgit or imprisonment for a term not exceeding six months or both.

Malay text (authoritative)

Kaedah-kaedah

(1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan atau maksud Akta ini dengan lebih lanjut, baik dan mudah dan khususnya, tetapi tanpa mengurangkan keluasan peruntukan yang tersebut dahulu, berkenaan dengan mana-mana atau semua perkara yang berikut: (a) untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini; (b) untuk mengadakan borang bagi penggunaan berkaitan dengan mana-mana perkara di bawah Akta ini; (c) untuk mengawal selia penubuhan, pengurusan dan kawalan Pusat Pemulihan, dan pusat pemulihan persendirian, termasuklah peruntukan mengenai kuasa, kewajipan dan fungsi orang yang menjaga atau diambil kerja di Pusat Pemulihan itu atau di pusat pemulihan persendirian; (d) untuk mengadakan peruntukan mengenai disiplin, pelajaran, latihan vokasional dan pekerjaan orang yang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan itu atau di pusat pemulihan persendirian; (e) untuk mengadakan peruntukan mengenai tatacara berhubungan dengan ujian yang hendak dijalankan di bawah Akta ini; (f) untuk mengadakan peruntukan mengenai tatacara berhubungan dengan rawatan, pemulihan dan pengawasan orang di bawah Akta ini; (g) untuk mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan, kewajipan, fungsi dan tatacara Lembaga Pelawat; (h) untuk mengadakan peruntukan mengenai borang, dan peruntukan yang hendak dimasukkan ke dalam mana-mana bon jamin yang disempurnakan di bawah Akta ini; (i) untuk mengadakan peruntukan mengenai borang, peruntukan, dan terma dan syarat mana-mana bon lain yang dikehendaki supaya disempurnakan di bawah Akta ini. (2) Menteri boleh dalam kaedah-kaedah itu atau dengan kaedahkaedah berasingan yang dibuat di bawah Akta ini memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan mana-mana kaedah adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan supaya kesalahan sedemikian dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 283 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next