My bookmarksSign up free
← Common Gaming Houses Act 1953

Common Gaming Houses Act 1953 s 16

Common Gaming Houses Act 1953 s 16

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 16 Search warrant against premises

(1) A Magistrate or Justice of the Peace or senior police officer on being satisfied upon written information and after any enquiry which he may think necessary that there is good reason to believe that any place is kept or used as a common gaming house may by warrant authorize any person therein named or any police officer with such assistance and by such force as may be necessary by night or by day to enter or go to such place and to search the same and all persons found therein and to seize all instruments or appliances for gaming and all moneys, securities for money, and other articles reasonably supposed to have been used or intended to be used for any game or lottery which may be found in such place or on any such persons and also to detain all such persons until they and the said place shall have been searched. If any of the things or circumstances which are made by this Act presumptive evidence of guilt are found in such place or on any person therein, every person found therein shall be taken before a Magistrate to be dealt with according to law. (2) All instruments or appliances for gaming, money, securities for money, and other articles found in a common gaming house or on any person found therein or escaping therefrom and which the Magistrate is of opinion were used or intended to be used for any game or lottery shall be declared by him to be forfeited to the Government and shall be dealt with accordingly.

Malay text (authoritative)

Waran geledah terhadap premis

(1) Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis apabila berpuas hati atas maklumat bertulis dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan sebagai rumah perjudian terbuka boleh melalui waran memberi kuasa mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya atau mana-mana pegawai polis dengan apaapa bantuan dan dengan sedemikian kekerasan sebagaimana yang perlu pada waktu malam atau siang untuk memasuki atau pergi ke tempat sedemikian dan menggeledahnya dan semua orang yang didapati di dalamnya dan untuk menyita semua alatan atau perkakas bagi perjudian dan semua wang, jaminan untuk wang dan barang lain yang semunasabahnya disangka sebagai digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi apa-apa permainan atau loteri yang mungkin didapati di tempat itu atau pada mana-mana orang itu dan juga untuk menahan semua orang itu sehingga mereka dan tempat itu telah digeledah. Jika mana-mana benda atau hal keadaan yang dijadikan oleh Akta ini sebagai keterangan anggapan kebersalahan didapati dalam mana-mana tempat itu atau pada mana-mana orang yang di dalamnya, tiap-tiap orang yang didapati di dalamnya hendaklah dibawa ke hadapan Majistret untuk diperlakukan mengikut undang-undang. (2) Semua alatan atau perkakas bagi perjudian, wang, jaminan untuk wang dan barang lain yang didapati dalam sesuatu rumah perjudian terbuka atau pada mana-mana orang yang didapati di dalamnya atau yang melarikan diri darinya dan yang Majistret berpendapat telah digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi apa-apa permainan atau loteri hendaklah diisytiharkan olehnya sebagai dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah diperlakukan sewajarnya.

Read this section in the full act →

Find Act 289 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next