Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 18 Entry and search by Magistrate or senior police officer
(1) A Magistrate or Justice of the Peace or senior police officer may himself do what he may under sections 16 and 17 authorize a police officer to do whenever such Magistrate or Justice of the Peace or senior police officer is competent to issue a warrant under the said sections respectively and also in any of the following cases, that is to say—
(a) if any person has within the preceding six months been convicted of having kept or used as a common gaming house the place proposed to be entered;
(b) if the place proposed to be entered is occupied by a club or society and he has reason to believe that habitual gaming is carried on there;
(c) if he has personal knowledge of such facts and circumstances as satisfy him that there are sufficient grounds for a search under the said sections respectively; or
(d) if he receives the required information orally and either on oath or not on oath under such circumstances that the object of a search would, in his opinion, be defeated by the delay necessary for reducing the information to writing:
Provided that in this last case the name and address of the person giving such information are known to or ascertained by such Magistrate or Justice of the Peace or senior police officer before he acts upon such information.
False information
(2) Whoever in giving such oral information makes a statement which he knows or believes to be false or does not believe to be true shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding twelve months.
Malay text (authoritative)
Kemasukan dan pemeriksaan oleh Majistret atau pegawai kanan polis
(1) Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis boleh sendirinya melakukan apa yang dia boleh di bawah seksyen 16 dan 17 memberi kuasa seseorang pegawai polis untuk melakukan apabila Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis itu kompeten untuk mengeluarkan waran di bawah seksyen itu masing-masingnya dan juga dalam mana-mana hal yang berikut, iaitu–
(a) jika mana-mana orang telah dalam masa enam bulan yang terdahulu disabitkan kerana menyelenggarakan atau menggunakan tempat yang dicadangkan untuk dimasuki itu sebagai rumah perjudian terbuka; atau
(b) jika tempat yang dicadangkan untuk dimasuki itu diduduki oleh sesuatu kelab atau pertubuhan dan dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa perjudian lazimnya dijalankan di situ; atau
(c) jika dia mempunyai pengetahuan sendiri akan fakta dan hal keadaan yang memuaskan hatinya bahawa terdapat alasan yang mencukupi bagi penggeledahan atau pemeriksaan di bawah seksyen itu masing-masingnya; atau
(d) jika dia menerima maklumat yang dikehendaki itu secara lisan dan sama ada atas sumpah ataupun tidak atas sumpah dalam hal keadaan yang, pada pendapatnya, tujuan penggeledahan atau pemeriksaan itu akan gagal melalui kelengahan yang perlu bagi menurunkan maklumat itu secara bertulis:
Dengan syarat bahawa dalam hal yang terakhir ini nama dan alamat orang yang memberi maklumat itu diketahui atau ditentukan oleh Majistret atau Jaksa Pendamai atau Pegawai Kanan Polis itu sebelum dia bertindak atas maklumat itu.
Maklumat palsu
(2) Sesiapa jua yang dalam memberi maklumat lisan itu membuat sesuatu pernyataan yang dia mengetahui atau mempercayai adalah palsu atau tidak mempercayai adalah benar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua belas bulan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).