Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 2 Interpretation
(1) In this Act, unless the context otherwise requires—
“bankers’ game” means any game which is specified in Column 1 of the First Schedule;
“common gaming house” includes—
(a) any place kept or used for gaming to which the public or any class of the public has or may have access;
(b) any place kept for habitual gaming, whether the public or any class of the public has or may have access to it or not;
(c) any place kept or used for the purpose of a public lottery;
(d) any place (including a place which is owned, occupied, possessed, kept, used, or maintained by any society or any other organization, body or groups of persons whether or not such society, organization, body or group is established by or under any law)—
(i) where eight or more persons are gaming;
(ii) where any bankers’ game is being played; or
(iii) where gaming is played and for which payment is made by any person to any society, organization, body or group of persons or any other person as consideration for permitting gaming in such place;
“energy” has the meaning assigned to “electricity” in section 2 of the Electricity Supply Act 1990 [Act 447] or that term in section 2 of the Electricity Ordinance of Sarawak [Sarawak Cap. 137], as the case may require;
“gaming” with its grammatical variations and cognate expressions means the playing of any game of chance or of mixed chance and skill for money or money’s worth and includes the playing of any game specified in Column I of the First and Second Schedules and the playing or operation of any gaming machine;
“gaming machine” means any mechanical, electrical or electronic machine or device (including any computer program used in such machine or device), whether wholly or partly mechanically, electrically or electronically operated, that is so designed or that has been so adapted that—
(a) it may be used for the purpose of playing a game of chance or a game of mixed chance and skill; and
(b) as a result of the playing or operation of the machine or device, winnings in money or money’s worth may become payable;
“licensee”, in relation to the supply of energy, means the person licensed under section 9 of the Electricity Supply Act 1990 or the holder of a licence issued under section 4 of the Electricity Ordinance of Sarawak, as the case may require;
“lottery” includes any game, method, or device whereby money or money’s worth is distributed or allotted in any manner depending upon or to be determined by chance or lot, whether the same be held, drawn, exercised, or managed within or without the Federation;
“Peninsular Malaysia” has the meaning assingned thereto in section 3 of the Interpretion Acts 1948 and 1967 [Act 388], and includes the Federal Territory.
“public lottery” means a lottery to which the public or any class of the public has or may have access, and every lottery shall until the contrary be proved be deemed to be a public lottery;
“lottery ticket” includes any paper or figure or writing or symbol or other article whatsoever which either expressly or tacitly entitles or purports to entitle the holder or any other person to receive any money or money’s worth on the happening of any event or contingency connected with any public lottery;
“Minister” means the Minister charged with responsibility for the regulation of lotteries;
“Officer in Charge of a Police District” means any police officer appointed by the Inspector General of Police under paragraph 6(b) of the Police Act 1967 [Act 344];
“operator of a gaming machine” means any person who—
(a) owns, manages or maintains a gaming machine;
(b) has in his custody or under his control a gaming machine; or
(c) in any manner assists in the management or maintenance of a gaming machine;
“place” means any house, office, room or building and any place or spot, whether open or enclosed, and includes a ship, boat, or other vessel, whether afloat or not, and any vehicle;
a place in which lottery tickets are offered for sale, sold, or distributed shall be deemed to be “used for the purpose of a public lottery”;
a place shall be deemed to be “used” for a purpose if it is used for that purpose even on one occasion only;
every person who demises or lets for hire a place shall be deemed the “owner” thereof;
the expression “instruments or appliances for gaming” includes all articles or part thereof specified in Column 2 of the First and Second Schedules and all articles which are used in or for the purpose of gaming or a lottery and all gaming machines;
“Senior Police Officer” means any police officer not below the rank of Inspector.
“supply authority” has the meaning assigned to it in section 2 of the Electricity Supply Act 1990;
(2) The Minister may from time to time by notification in the Gazette—
(a) declare any game, method, device, scheme or competition specified or desribed in such notification to be a lottery for the purposes of this Act and thereupon it shall be an irrebuttable presumtion of law that such game, method, device, scheme or competition is a lottery for the purposes of this Act;
(b) (Deleted by Act A577).
(3) The Minister may from time to time by notification in the Gazette delete from, add to, or otherwise amend the First or the Second Schedule.
*NOTE—All reference to “West Malaysia” shall be construed as reference to “Peninsular Malaysia”– see the Interpretation (Amendment) Act 1997 [Act A996], subsection 5(2).
Malay text (authoritative)
Tafsiran
(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–
“judi” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasalnya ertinya bermain apa-apa permainan nasib atau permainan campur nasib dan kemahiran untuk wang atau nilaian wang dan termasuk bermain apa-apa permainan yang dinyatakan dalam Ruang 1 Jadual Pertama dan Kedua dan permainan atau pengendalian apa-apa mesin judi;
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak—lihat P. U. (A) 377/1991 m.b.p 15 April 1992 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan—lihat P.U. (A) 376/1991 m.b.p 15 April 1992. ** CATATAN —Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Semenanjung Malaysia”– lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
“Ketua Polis Daerah” ertinya mana-mana pegawai polis yang dilantik oleh Ketua Polis Negara di bawah perenggan 6(b) Akta Polis 1967 [Akta 344];
“loteri” termasuklah apa-apa permainan, kaedah atau peranti yang dengannya wang atau nilaian wang dibahagikan atau diuntukkan mengikut apa-apa cara yang bergantung kepada atau hendak ditentukan oleh nasib atau dengan cara lot, sama ada loteri itu diadakan, dicabut, dijalankan atau diuruskan di dalam atau di luar Persekutuan; “loteri awam” ertinya loteri yang orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses, dan tiap-tiap loteri hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai loteri awam;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengawalseliaan loteri;
“mesin judi” ertinya apa-apa mesin atau peranti mekanikal, elektrik atau elektronik (termasuk apa-apa program komputer yang digunakan dalam mesin dan peranti itu), sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya dikendalikan secara mekanikal, elektrik atau elektronik, yang direka sedemikian atau yang telah disesuaikan sedemikian bahawa—
(a) ia boleh digunakan bagi maksud bermain permainan nasib atau permainan campuran nasib dan kemahiran; dan
(b) akibat daripada permainan atau pengendalian mesin atau peranti, kemenangan dalam bentuk wang atau nilai wang yang boleh menjadi kena dibayar;
“Pegawai Kanan Polis” ertinya mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor;
“pemegang lesen”, berhubung dengan pembekalan tenaga, ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] atau pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah
seksyen 4 Ordinan Elektrik Sarawak [Sarawak Bab 137], mengikut kehendak keadaan;
“pengendali mesin judi” ertinya mana-mana orang yang—
(a) memiliki, menguruskan atau menyenggarakan mesin judi;
(b) mempunyai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya suatu mesin judi; atau
(c) dalam apa-apa cara membantu dalam pengurusan atau penyenggaraan mesin judi;
“permainan banker” ertinya apa-apa permainan yang dinyatakan dalam Ruang 1 Jadual Pertama;
“pihak berkuasa bekalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990;
“rumah perjudian terbuka” termasuklah—
(a) mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan untuk perjudian yang orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses;
(b) mana-mana tempat yang diselenggarakan untuk perjudian secara lazimnya, sama ada atau tidak orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses kepadanya;
(c) mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam;
(d) mana-mana tempat (termasuk tempat yang dipunyai, diduduki, dimiliki, diselenggarakan, digunakan atau disenggarakan oleh mana-mana pertubuhan atau mana-mana organisasi lain, badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan itu ditubuhkan melalui atau di bawah manamana undang-undang)—
(i) di mana lapan orang atau lebih sedang berjudi;
(ii) di mana apa-apa permainan banker sedang dimainkan; atau
(iii) di mana perjudian sedang dimainkan dan baginya bayaran dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan orang atau mana-mana orang lain sebagai balasan bagi membenarkan perjudian di tempat itu;
“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;
“tempat’ ertinya mana-mana rumah, pejabat, bilik atau bangunan dan mana-mana tempat atau kawasan, sama ada terbuka atau tertutup, dan termasuklah sesuatu kapal, perahu atau vesel lain, sama ada terapung atau tidak, dan mana-mana kenderaan;
sesuatu tempat di mana tiket loteri ditawarkan untuk jualan, dijual atau dibahagikan hendaklah disifatkan sebagai “digunakan bagi maksud loteri awam”;
sesuatu tempat hendaklah disifatkan sebagai “digunakan” bagi sesuatu maksud jika ia digunakan bagi maksud itu walaupun hanya sekali sahaja;
tiap-tiap orang yang mendemis atau menyewakan sesuatu tempat untuk sewaan hendaklah disifatkan “pemunya” tempat itu;
ungkapan “alatan atau perkakas bagi perjudian” termasuklah semua barang atau bahagiannya yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual Pertama dan Kedua dan semua barang yang digunakan dalam atau bagi maksud perjudian atau loteri dan semua mesin judi;
“tenaga” mempunyai erti yang diberikan kepada “elektrik” dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990 atau istilah itu dalam seksyen 2 Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan;
“tiket loteri” termasuklah apa-apa kertas atau angka atau tulisan atau simbol atau barang lain apa jua pun yang sama ada dengan nyata atau secara termaklum memberikan hak atau berupa memberikan hak kepada pemegang atau mana-mana orang lain untuk menerima apa-apa wang atau nilaian wang apabila berlakunya apa-apa kejadian atau kontingensi yang berkaitan dengan mana-mana loteri awam.
(2) Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta—
(a) menetapkan apa-apa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam pemberitahuan itu sebagai loteri bagi maksud Akta ini dan sesudah itu adalah menjadi suatu anggapan yang tidak boleh sangkal di sisi undang-undang bahawa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan itu adalah suatu loteri bagi maksud Akta ini;
(b) (Dipotong oleh Akta A577).
(3) Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memotong daripada, menambah kepada, atau selainnya meminda, Jadual Pertama atau Kedua.