My bookmarksSign up free
← Patents Act 1983

Patents Act 1983 s 74

Patents Act 1983 s 74

Sections 4–7 were repealed by later amendments.

s 74 Examination of witnesses

(1) An authorized officer or police officer making an investigation under section 73 may examine orally any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case and shall reduce into writing any statement made by the person so examined. (2) Such person shall be bound to answer all questions relating to such case put to him by such officer: Provided that such person may refuse to answer any question the answer to which have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture. (3) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth, whether or not such statement is made wholly or partly in answer to questions. (4) An authorized officer or police officer examining a person under subsection (1) shall first inform that person of subsections (2) and (3). (5) A statement made by any person under this section whether or not a caution has been administered to him under section 75 shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumb-print, as the case may be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any correction he may wish.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan saksi

(1) Seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 73 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangka mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mencatatkan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa itu. (2) Orang itu adalah terikat untuk menjawab semua soalan berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu: Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang mana jawapannya berkemungkinan akan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang sebenarnya, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan. (4) Seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini sama ada atau tidak suatu amaran telah diberi kepadanya di bawah seksyen 75 hendaklah, apabila mungkin, dicatat dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap jarinya, mengikut mana yang berkenaan, setelah pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia membuatnya dan setelah dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang mungkin dikehendakinya.

Read this section in the full act → · Open Part XIV →

Find Act 291 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next