Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 11
(1) A Chief Police Officer and any police officer authorized by a Chief Police Officer in that behalf in writing may require any movable or immovable property situate within any proclaimed area or any space or accommodation in any land, building, vessel, vehicle or aircraft within the area to be placed at his disposal and may give such directions as appear to him to be necessary or expedient in connection with such requirement.
(2) The Commissioner of Police and any police officer authorized y the Commissioner in that behalt in writing may, during an eriod in which a proclamation under section 3 is in force respect of any area in Malaysia require any vessel, vehicle or aircraft in any place in Malaysia to be placed at his disposal and may give such directions as appear to him to be necessary or expedient in connection with the requirement.
(3) The Menteri Besar or Chief Minister in a State may, with the concurrence of the Minister, direct that any requisition made under the provisions of this section shall cease to have effect to such extent and subject to such qualifications, exceptions and conditions as may be specified or imposed by the direction.
(4) No requisition shall be made under this section in respect of any vessel of more than one hundred tons gross tonnage, any rolling stock of the Malayan Railway or any aircraft without the prior approval of the Minister. Compensation
Malay text (authoritative)
Kuasa rekuisisi
(1) Seorang Ketua Pegawai Polis dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa oleh seorang Ketua Pegawai Polis bagi maksud itu secara bertulis boleh menghendaki mana-mana harta alih dan tak alih yang terletak dalam mana-mana kawasan diproklamasi atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau pesawat udara dalam kawasan itu. supaya diletakkan di bawah kuasanya dan boleh memberi arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan kehendak itu.
(2) Pesuruhjaya Polis dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya bagi maksud itu secara bertulis boleh, dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3 berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia menghendaki mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara di mana-mana tempat di Malaysia supaya diletakkan di bawah kuasanya dan boleh memberi apa-apa arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan kehendak itu.
(3) Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam sesuatu Negeri boleh, dengan persetujuan Menteri, mengarahkan bahawa apa-apa rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah terhenti berkuat kuasa setakat dan tertakluk kepada apa-apa kualifikasi, kecualian dan syarat yang dinyatakan atau dikenakan oleh arahan itu.
(4) Tiada rekuisisi boleh dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana vesel yang lebih daripada seratus tan tanan kasar, mana-mana gerabak kereta api Keretapi Tanah Melayu atau mana-mana pesawat udara tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Menteri.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).