My bookmarksSign up free
← Public Order (Preservation) Act 1958

Public Order (Preservation) Act 1958 s 18

Public Order (Preservation) Act 1958 s 18

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 18

(1) Notwithstanding anything to the contrary contained in any other written law, it shall be lawful for any police officer in order- (a) to effect the arrest of any person who fails to comply with an order under section 7 or whom he has reasonable grounds for suspecting to have committed in a proclaimed area an offence against section 23, 24, 25 or 29 or punishable under section 28 or against any provision of any written law for the time being specified in the Second Schedule; (b) to overcome forcible resistance offered by any person to the arrest; or (c) to prevent the escape from arrest or the rescue of any person arrested as aforesaid, to use such force as, in the circumstances of the case, may be reasonably necessary, which force may extend to the use of lethal weapons. (2) Every person arrested in the circumstances mentioned in paragraph (1)(a) shall as soon as possible after his arrest be clearly warned of paragraph (c) of that subsection. (3) Nothing in this section contained shall derogate from the right of private defence contained in sections 96 to 106 inclusive of the Penal Code. (4) The Second Schedule may be added to, varied or amended by resolution passed by both Houses of Parliament. Control of arms

Malay text (authoritative)

Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan

(1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, adalah sah bagi mana-mana pegawai polis dengan tujuan– (a) melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang gagal mematuhi suatu perintah di bawah seksyen 7 atau yang dia mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki telah melakukan dalam suatu kawasan diproklamasi suatu kesalahan terhadap seksyen 23, 24, 25 atau 29 atau yang boleh dihukum di bawah seksyen 28 atau terhadap apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Kedua; (b) mengatasi tentangan berkekerasan yang diberi oleh mana-mana orang terhadap penangkapan itu; atau (c) mencegah pelarian daripada penangkapan atau pembebasan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, untuk menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan kes itu, yang mana kekerasan itu boleh meliputi sehingga penggunaan senjata maut. (2) Tiap-tiap orang yang ditahan dalam hal keadaan yang disebut dalam perenggan 1(a) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberi amaran dengan jelasnya mengenai perenggan (c) subseksyen tersebut. (3) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam 96 hingga 106, termasuk kedua-duanya, Kanun Keseksaan. (4) Jadual Kedua boleh ditambah, diubah atau dipinda melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.

Read this section in the full act →

Find Act 296 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next