Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 3 Proclamation of state of danger to public order
(1) If, in the opinion of the Minister,public order in any area in Malaysia is seriously disturbed or is seriously threatened the Minister may, if he considers it to be necessary for the purpose of maintaining or restoring public order in the area so to do, proclaim the existence in that area of a state of danger to public order.
(2) Every proclamation made under subsection (1) shall apply only to such area as is therein specified and shall remain in force until it is revoked by the Minister or ceases to have effect in accordance with subsection (3).
(3) Every proclamation made under subsection (1) shall, but rithout prejudice to anything previously done by virtue thereo ease to have effect upon the expiration of one month from th date upon which it was made: Provided that a proclamation in force may be renewed by declaration of the Minister from time to time for such period, not exceeding one month at a time, as may be specified in the declaration.
(4) A proclamation made under subsection (1) and a declaration of renewal made under subsection (3) shall be published in such manner as the Minister thinks necessary for bringing it to the notice of all persons who in his opinion ought to have notice thereof and shall have effect as soon as the notice has been given, without publication in the Gazette.
(f) A cery de lareriy n of rematiol made under subsecion (1) shall be published in the Gazette and laid before Parliament as soon as possible after it has been made and if resolutions ar passed by both Houses of Parliament annulling the proclamation or declaration, it shall cease to have effect, notwithstanding subsections (2) and (3), but without prejudice to anything previously done by virtue thereof.
(6) The Minister may from time to time by writing under his hand delegate to the Menteri Besar or Chief Minister of a State the exercise within the State of the powers conferred upon the Minister by this section subject to such conditions and restrictions as may be prescribed by the Minister.
(7) No delegation of any power under subsection (6) shall affect the exercise of the power by the Minister.
Malay text (authoritative)
Proklamasi keadaan bahaya kepada ketenteraman awam
(1) Jika, pada pendapat Menteri, ketenteraman awam dalam mana-mana kawasan di Malaysia adalah terganggu atau terancam dengan beratnya Menteri boleh, jika difikirkan perlu bagi maksud menyenggara atau memulihkan ketenteraman awam dalam kawasan itu untuk berbuat demikian, memproklamasikan wujudnya dalam kawasan itu suatu keadaan bahaya kepada ketenteraman awam.
(2) Tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah terpakai hanya bagi kawasan yang dinyatakan di dalamnya dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Menteri atau terhenti berkuat kuasa mengikut subseksyen (3).
(3) Tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan terdahulu menurut seksyen itu, terhenti berkuat kuasa apabila habisnya tempoh satu bulan dari tarikh ia dibuat:
Dengan syarat bahawa suatu proklamasi yang berkuat kuasa boleh diperbaharui melalui perisytiharan Menteri dari semasa ke semasa selama tempoh, yang tidak melebihi satu bulan pada suatu masa, yang ditetapkan dalam perisytiharan itu.
(4) Suatu proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan suatu perisytiharan pembaharuan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi memberitahu semua orang yang pada pendapatnya patut diberitahu mengenainya dan hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis itu diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.
(5) Suatu salinan tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tiap-tiap perisytiharan pembaharuan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah disiarkan dalam Warta dan dibentangkan di Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin setelah ia dibuat dan jika resolusi diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen membatalkan proklamasi atau perisytiharan itu, maka ia hendaklah terhenti berkuat kuasa, walau apa pun subseksyen (2) dan
(3), tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan terdahulu menurut kuasa seksyen itu.
(6) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui surat di bawah tandatangannya mewakilkan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Menteri oleh seksyen ini dalam Negeri itu tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
(7) Tiada perwakilan apa-apa kuasa di bawah subseksyen (6) boleh menyentuh penjalanan kuasa itu oleh Menteri.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).